Info

Info Kejohanan

pengenalan

Kejohanan SUKUM adalah penganjuran sukan dwitahunan peringkat kakitangan Universiti Awam (UA) dan sebagai platform untuk meraikan penglibatan warga kakitangan Universiti Awam dalam aktiviti sukan. Penganjuran kejohanan ini telah dipertandingkan sejak tahun 1974 dan bagi edisi ke-44, tahun 2022 UPM telah diberi mandat menjadi tuan rumah.


Mengikut pergiliran penganjuran Kejohanan SUKUM, Universiti Sabah Malaysia (UMS) akan menjadi tuanrumah pada Edisi ke-44/2022, tetapi UMS telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan pergiliran penganjuran berikutnya adalah Universiti Putra Malaysia. Oleh kerana negara dan dunia berhadapan dengan pandemik Covid19 mulai tahun 2020, maka penganjuran kejohanan ini dijadualkan semula pada tahun 2022.


Kejohanan SUKUM melibatkan penyertaan 21 kontingen (20 dari Universiti Awam & Kementerian Pendidikan Tinggi) dengan mempertandingkan 18 acara sukan dan menyaksikan seramai 3976 orang atlet dan pengurus pasukan dan petugas yang akan terlibat dalam kejohanan yang berlangsung selama 8 hari mulai pada 17hb September hingga 24hb September 2022.

PENGENALAN

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal