Buletin Terkini
UTM JUARA BOLA SEPAK VETERAN TEMASYA SUKUM 2022
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bergelar juara bagi kategori bola sepak veteran kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM), 2022 pada pagi ini setelah membenam Universiti Sains Malaysia (USM) dengan mata 3-0.
UiTM Emas Sepak Takraw SUKUM ke 44
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
UiTM bertemu UKM di peringkat akhir sepak takraw Sukan Staf Universiti-universiti Malaysia (SUKUM) ke 44 di sini hari ini.
USM leburkan harapan tuan rumah
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan ping pong Universiti Sains Malaysia (USM) menutup langsung peluang keemasan pasukan pingpong Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila mereka membaham pasukan tuan rumah dengan mata 3:0 di peringkat akhir sukan pingpong kategori pasukan campuran Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) ke - 44 pada tahun 2022 di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM.
Bintang Olimpik Terus Bersinar di SUKUM 2022
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Bekas atlet memanah Olimpik Malaysia Dr Mon Redee Sut Txi berjaya memperolehi pingat emas dalam acara memanah bagi kategori Recurve Wanita Veteran Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Lapang Sasar Memanah Universiti Putra Malaysia (UPM)
Kilauan Emas Untuk Tuan Rumah Dikebas UTeM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
UTeM berjaya menangguhkan hasrat Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai tuan rumah SUKUM 2022 dengan membawa pulang pingat emas bagi acara dart yang terakhir iaitu kategori berseorangan.
UTM Akhiri Perlawanan Sengit Dengan Kilauan Emas
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengakhiri perlawanan catur dengan pulangan kilauan pingat emas.
PINGAT EMAS MILIK UPM UNTUK HOKI SUKUM 2022
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Skuad hoki lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta sejarah apabila muncul juara dalam edisi Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 selepas mengatasi skuad hoki lelaki Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan mata 3-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Kuala Lumpur.
UiTM gondol emas bola sepak senior atasi UPM 4-0
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Teknologi MARA (UiTM) menamatkan kemarau 13 tahun apabila menggondol pingat emas bola sepak senior selepas menundukkan Universiti Putra Malaysia (UPM) 4-0 pada aksi final Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Stadium UPM di sini, malam ini.
UPM Tak Gentar Acara Memanah
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pembukaan acara memanah Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) edisi kali ke-44 di Lapang Sasar Memanah Universiti Putra Malaysia (UPM) mempertemukan lebih 120 orang atlet memanah daripada 11 kategori yang dipertandingkan dari seluruh universiti awam dengan pelbagai latar belakang yang tidak menjejaskan semangat pasukan tuan rumah UPM untuk mengungguli acara ini.
UPM DAN UUM MARA KE FINAL HOKI
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan hoki tuan rumah, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pasukan hoki Universiti Utara Malaysia (UUM) yang merupakan juara musim lalu layak ke final selepas menewaskan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam pusingan separuh akhir di Stadium Hoki Kuala Lumpur hari ini.
UPSI Mahu Pertahankan Rekod Memanah
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan memanah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berharap agar dapat mempertahankan rekod cemerlang Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2018 sekali lagi di SUKUM 2022 dengan pertambahan beberapa pingat emas melalui penyertaan wakil wanita dalam SUKUM edisi ke-44 ini di Lapanag Sasar Memanah Universiti Putra Malaysia (UPM).
UPM meraih emas dalam kategori perseorangan wanita senior petanque
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Nur Shazleen Ilyana Binti Sharifuddin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih pingat emas dalam kategori perseorangan wanita senior petanque dengan mengalahkan pihak lawannya Nurshafikah Binti Shaari dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan pungutan mata 13-7.
Sepakan penalti UMT menamatkan perjuangan UPM ke pentas akhir
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Perlawanan separuh akhir pasukan futsal wanita menyaksikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) beraksi dengan baik apabila pasukan mereka berjaya menyumbang jaringan 2-1 dan menewaskan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk sesi perlawanan pertama.
Kemenangan dari UniMAP dan UPM menutup tirai tenpin boling
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Wakil dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Ruzy Shah Ghazali meraih pingat emas sekaligus wakil dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Mohd Aiman Faris Mahidi memenangi pingat perak untuk acara master tenpin boling lelaki. Manakala, satu satunya wakil dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Zurainy Mohd Shariff memenangi pingat emas buat sulung kalinya dalam acara master wanita.
UiTM, UUM futsal lelaki menempah tempat ke separuh akhir
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan futsal lelaki Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengisi ruang ke gelanggang separuh akhir setelah berjaya mengalahkan pasukan lawan Universiti Malaya (UM) 6-1 pada pagi ini.
USM DAN UM MENDOMINASI DALAM PENTAS FINAL
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaya (UM) telah menjuarai acara pingpong bagi kategori beregu wanita dengan menumpaskan tuan rumah, UPM dengan mata 3-0.
Pingpong USM kekal nama 4 tempat ke final
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan pingpong dari Universiti Sains Malaysia (USM) menakhluki gelanggang dengan menempah empat tempat di peringkat akhir Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM.
Keputusan suku akhir pingpong
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Empat kategori acara pingpong telah dipertandingkan di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM bermula pukul 10 pagi hari ini untuk menentukan universiti-universiti yang berjaya mara ke separuh akhir.
USM BERTEMU UTM DI PUSINGAN AKHIR
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Sains Malaysia (USM) memenangi perlawanan apabila berjaya mengalahkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan jaringan 4-3 dalam saingan peringkat separuh akhir acara bola sepak veteran pada Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM), 2022.
Lapan wakil UA mara ke pusingan suku akhir petanque perseorangan wanita senior
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Lapan wakil dari Universiti Awam (UA) akan mara ke pusingan suku akhir bagi kategori perseorangan wanita senior yang berlangsung di gelanggang petanque UPM pada hari ini.
UPSI Merampas Kilauan Emas UM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya merampas kilauan emas daripada pasukan lawan yang digeruni pasukan lain, Universiti Malaya (UM) pada hari kedua pertandingan Dart SUKUM 2022 hari ini.
UTM Bangkit dan Meninggalkan Pihak Lawan
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini telah bangkit meninggalkan pihak lawan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari ketiga perlawan Catur Classical Lelaki tamat.
UUM dan UM Menanti di Separuh Akhir Sepak Takraw
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan UKM dan UUM akan berentap di pentas separuh acara sepak takraw di temasya Sukan Staf Universiti-universiti Malaysia (SUKUM) edisi ke 44 kali ini.
UPM tutup tirai olahraga SUKUM-44 dengan kilauan emas
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Kuartet 4x400m lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) menutup tirai acara akhir balapan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-44 dengan meraih pingat emas di Stadium Mini Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di sini, hari ini.
UPM tempah tiket ke final selepas tundukkan UTM 3-0
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Tuan rumah, Universiti Putra Malaysia (UPM) melangkah ke final selepas menundukkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 3-0 pada aksi separuh akhir bola sepak senior Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Padang C, di sini, hari ini.
UMS MENYERLAH DI PERINGKAT KUMPULAN PINGPONG
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyerlah apabila berjaya menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 3-0 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 3-0 pada kategori beregu lelaki dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 3-0 dan Universiti Malaysia (UM) 3-0 pada kategori perseorangan lelaki dalam acara pingpong di Dewan Putra Dua, Kolej Serumpun , UPM.
Dua emas ditawarkan di gelanggang petanque
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pusingan akhir bagi acara petanque perseorangan lelaki senior dan beregu lelaki dijalankan di gelanggang petanque UPM pada petang tadi.
Norliyana sumbang empat emas olahraga buat UPM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Norliyana terus berkilau dalam acara balapan dan padang dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 apabila menambah koleksi emas keempatnya menerusi acara 200 meter (m) wanita senior, hari ini.
Lontar peluru wanita sumbang dua emas buat UPM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Kemenangan dua atlet lontar peluru wanita Universiti Putra Malaysia (UPM) menambahkan lagi kilauan emas UPM pada hari terakhir sukan olahraga yang dipertandingkan di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) di sini, hari ini.
UTeM MASIH BANGGA DENGAN PENCAPAIAN
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan hoki Universiti Utara Malaysia (UUM) masih di landasan dengan mendapat kemenangan kedua berturut-turut, kali ini menentang Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dengan mata 3-0 pada kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022, hari ini.
CUACA PANAS TAK HALANG UTHM PESTA GOL
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Skuad hoki Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akur dengan kekalahan pada skuad hoki Universiti Malaya (UM) dengan mata 6-2. Bagaimanapun, suku pertama perlawanan dipegang oleh kemas oleh UTHM dengan jaringan pertama perlawanan pada minit ke 4 hasil dari Mohd Shahir Mohamad Ismon.
UMen mengganas di gelanggang futsal
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan futsal lelaki kategori kumpulan B Universiti Malaya (UM) tidak memberi peluang kepada pasukan lawan mereka Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semasa perlawanan yang berlangsung di Sports Arena pada pagi ini.
UM Bawa Emas Acara Dart
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaya (UM) membawa pulang pingat emas dalam kategori pertama acara dart SUKUM 2022 yang telah dipertandingkan pada hari ini iaitu kategori dart berkumpulan.
Pasukan Catur Wanita UiTM Jauh Meninggalkan Pihak Lawan
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan catur wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) jauh meninggalkan pihak lawan iaitu Univeriti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Univeristi Pura Malaysia (UPM) selepas hari kedua perlawan Catur Classical Wanita tamat.
Terengganu Ungguli Bola Tampar Lelaki SUKUM-44
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 menyaksikan dua universiti negeri penyu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) saling bersaing sengit di acara akhir bola tampar lelaki.
UUM PEROLEH PINGAT EMAS ACARA BADMINTON PEREMPUAN SUKUM KE-44
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan badminton Universiti Utara Malaysia (UUM) meraih pingat emas apabila menewaskan Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2-0 pada aksi akhir Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di UpTown Sports Bangi, pada petang hari ini.
BADMINTON PASUKAN UMT RAIH EMAS, TEWASKAN UTHM 3-1
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya merampas pingat emas dalam acara badminton lelaki dengan menewaskan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 3-1, dalam Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022.
UTHM dan UMT berentap dipentas akhir Badminton Lelaki
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengesahkan tempat di pentas akhir badminton lelaki di temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) disini hari ini.
UPM Dominasi Emas Acara Golf
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Acara golf berlangsung hari kedua hari menyaksikan UPM dominasi acara golf dengan meraih 3 emas acara berpasukan net dan gross serta individu net.
USIM Meleburkan Harapan Emas Tuan Rumah
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan bola tampar lelaki Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menutup peluang pasukan bola tampar lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila mereka menewaskan pasukan tuan rumah itu 25-21 dan 25-14 di peringkat suku akhir acara Bola Tampar Lelaki Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.
Cukup Sekadar Gangsa
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Harapan tuan rumah Universiti Putra Malaysia untuk mendapatkan sekurang-kurangnya perak terbantut apabila tewas di perlawanan separuh akhir acara bola tampar wanita Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.
UiTM hampiri Emas Takraw SUKUM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
UiTM mara ke pusingan suku akhir setelah membenam UniMAP 3-0 di Stadium UPM hari ini.
IMPIAN REMUK, UPM GAGAL MARA KE PUSINGAN AKHIR
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Skuad bola sepak veteran tuan rumah Universiti Putra Malaysia (UPM), terpaksa pulang dengan kehampaan apabila kalah 1-0 dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di padang B. Gol pada saat terakhir yang dijaringkan oleh UTM pada separuh masa kedua sekaligus melenyapkan impian UPM untuk mara ke pusingan separuh akhir.
USM ungguli emas larian 1500m
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Sains Malaysia (USM) terus mempamerkan aksi cemerlang dalam acara larian 1500 meter (m) apabila menggondol tiga emas bagi acara itu di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-44 di sini, hari ini.
UniMAP buka tirai emas dan perak hari kedua olahraga
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Hari kedua olahraga Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 menyaksikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membuka tirai emas dan perak dalam acara balapan 3000 meter (m) wanita senior.
UM dan USIM sahkan ke Suku Akhir Sepak Takraw
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan sepak takraw Universiti Malaya (UM) mengesahkan mara ke saingan suku akhir acara sepak takraw di temasya Sukan Staf Universiti - universiti Malaysia ke 44 di sini hari ini.
Pelari UTM tumpaskan bekas pelari pecut negara, Nazmizan Muhamad
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
"Terkejut dan masih tidak percaya." Begitulah perasaan yang digambarkan pelari 100 meter (m) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhamad Fitri Amir Ramli setelah menumpaskan bekas pelari pecut negara, Nazmizan Muhamad.
Sinaran emas UPM di acara padang SUKUM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan kecemerlangan masing-masing dalam sukan olahraga acara padang apabila berjaya menawan dua pingat emas menerusi merejam lembing dan lontar peluru.
Kuartet 4x100m wanita UPM cipta semula emas
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
“Pingat emas milik kita UPM!” Begitulah laungan gembira pelari keempat kuartet 4x100 meter (m), Mazita Talib, dalam acara wanita senior setelah berjaya meraih emas pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) di sini, hari ini.
UM singkir juara bertahan, UniMAP untuk mara ke separuh akhir
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaya (UM) berjaya mengharungi ranjau untuk melangkah ke separuh akhir bola sepak senior Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) edisi ke-44 di sini, hari ini.
SKUAD HOKI UPM KEKALKAN MOMENTUM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan hoki lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih kemenangan kedua berturut-turut dengan bergaya mengalahkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) 3-0 pada perlawanan kelima peringkat kumpulan dalam Kejohanan Sukan Staf Univesiti Malaysia (SUKUM) 2022, hari ini.
UMT, UTHM, UiTM DAN UM MARA KE SEPARUH AKHIR ACARA BADMINTON LELAKI
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) berjaya menewaskan pihak lawan masing-masing lalu mara ke separuh akhir. Pada masa yang sama, perlawanan akhir akan diadakan pada hari yang sama dengan perlawanan separuh akhir iaitu pada 22 September.
USM menewaskan UPM dalam acara petanque perseorangan wanita veteran pusingan akhir
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Sumariamah BT. Mohd Radzi wakil dari Universiti Sains Malaysia (USM) menewaskan pesaing tuan rumah, Maizatul Akmam Binti Abas @ Abdul Hamid wakil dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan pungutan mata 13-12 yang memihak kepada USM.
UKM raih kemenangan berganda acara balapan
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pelari wanita veteran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Rosmawati Abu Hassan terus cemerlang pada Kejohanan Sukan Staf Universiti (SUKUM) 2022 apabila membolot dua emas dalam acara 800 meter (m) dan 400m di sini, hari ini.
UniMAP bukti kekuasaan dalam tenpin boling
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya memungut pingat emas lagi buat acara trio perempuan sekaligus memenangi pingat emas bagi trio lelaki pada hari ini yang dipertandingkan bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.
UUM masih kebal dengan UiTM dalam futsal
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Persaingan sengit antara pasukan futsal lelaki kumpulan C Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) meninggalkan kesan yang mendalam apabila UUM meninggalkan UiTM dengan jaringan 5-1.
Lompatan liyana beri kilauan emas buat UPM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Norliyana Kamarudin menceriakan kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila lompatannya dalam acara lompat jauh kategori wanita senior memberi kilauan emas UPM di Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) di sini hari ini.
Persaingan Sengit Antara IIUM, UKM dan UUM dalam Catur Classical
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pusingan satu dan dua kategori Catur Classical hari ini menunjukkan persaingan sengit antara Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
UUM, UKM, UniMAP DAN UiTM MARA SEPARUH AKHIR ACARA BADMINTON WANITA SUKUM KE-44
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya mendapat tiket ke separuh akhir yang akan diadakan pada hari esok, iaitu 22 September pada jam 9 pagi di UpTown Sports, Bangi.
UPSI menempatkan diri mara ke suku akhir petanque perseorangan wanita
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Nor Suzana Binti Abd Rahim wakil dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi johan dalam kumpulan D dengan mendapat 9 mata kemenangan. Beliau menewaskan Maizatul Akmam Binti Abas @ Abdul Hamid (13-8) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Sharipah Salmah Mohd Yusoff (13-1) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan Roshila Binti Hamzah @Mohamed (13-4) dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
USM DAN TUAN RUMAH BERJAYA MARA KE PERINGKAT AKHIR ACARA PINGPONG PASUKAN CAMPURAN
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)berjaya menempatkan tempat ke peringkat akhir dalam acara pingpong pasukan campuran di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM.
UUM Benam UTM, UiTM Sengit Dengan UKM dalam acara takraw
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Utara Malaysia (UUM) membenam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam saingan peringkat kumpulan B petang ini dengan mengutip 2 mata penuh dalam acara sepak takraw.
Saingan Sepak Takraw Diteruskan Hari Ini
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Acara sepak takraw saingan peringkat kumpulan diteruskan hari ini menyaksikan UPSI menentang USIM utk kumpulan A dan UTEM menentang UNIMAP.
USM cipta ‘lubuk’ emas larian jarak jauh SUKUM-44
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Tiga atlet Universiti Sains Malaysia (USM) meraih emas dalam acara 5,000 meter (m) lelaki veteran dan lelaki senior veteran Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 yang bermula di sini, hari ini.
UMS Kalahkan KPT untuk Mara ke Separuh Akhir
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan bola tampar wanita Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tewas kepada pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam acara bola tampar kategori wanita Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.
Acara Dart Kembali dipertandingkan
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Acara Dart akan dipertandingkan semula pada SUKUM 2022 selepas dikecualikan pada SUKUM yang ke 43, 2018.
Tuan rumah tempah tempat ke separuh akhir
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan pingpong Universiti Putra Malaysia (UPM) menempah tempat ke separuh akhir pingpong bagi kategori berpasukan campuran SUKUM 2022 selepas mengalahkan pasukan pingpong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM hari ini.
Dr. Ester Salimun tepati ramalan emas lompat jauh
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Jaguh lompat jauh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ester Salimun menepati sasaran pingat emasnya apabila meraih kejuaraan dalam acara lompat jauh wanita veteran Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44.
UniMAP sudah mula beraksi
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Mohd Aiman Faris Mahidi dan Ruzy Shah Ghazali sekali lagi berjaya mengharumkan nama UniMAP dengan meraih pingat emas bagi acara berpasangan lelaki tenpin boling dipertandingkan bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.
UPSI mempamerkan prestasi yang baik dalam acara Pingpong
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pertandingan pingpong kategori berkumpulan membuka tirainya hari ini. Pasukan pemain pingpong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menentang pasukan dari Universiti Terengganu Malaysia (UMT) pada pusingan pertama dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada pusingan kedua untuk merebut tempat suku akhir perlawanan bola tampar wanita Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Dewan Putra 2,Kolej Serumpun, UPM.
CUACA DI STADIUM HOKI KUALA LUMPUR TIDAK MEMUTUSKAN SEMANGAT PEMAIN SUKUM 2022
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Dua perlawanan peringkat pasukan kumpulan A dan kumpulan C berakhir dengan pelbagai reaksi. Skuad hoki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menundukkan skuad hoki Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dengan mata 1-0 manakala skuad hoki Universiti Teknikal Melaka (UTeM) berjaya bangkit dari kekalahan semalam dengan mengalahkan skuad Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan mata 2-0.
UMP cemerlang futsal kategori kumpulan
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pertandingan futsal membuka tirai dengan saingan yang sengit apabila Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyumbang jaringan 5-0 terhadap Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam kategori lelaki kumpulan B inidi UNITEN, pagi ini.
Arbiter Catur Tentukan UKM Bawa Pulang Dua Emas
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Dua pemain catur mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal membawa pulang dua pingat emas pada hari pertama acara catur SUKUM 2022 bagi kategori yang berlainan.
UMT Menyerang UM, Layak ke Suku Akhir Bola Tampar Lelaki
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan bola tampar lelaki Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menewaskan Universiti Malaya (UM) sekali gus melayakkan universiti marin itu ke separuh akhir acara bola tampar lelaki Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.
LAPAN PASUKAN ACARA BADMINTON WANITA MARA KE SUKU AKHIR DIUMUMKAN
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Senarai pasukan yang mara suku akhir acara badminton perempuan telah diumumkan pada hari ini. Enam universiti berjaya mengikuti jejak UUM dan UniMAP yang telah melangkah ke suku akhir dalam perlawanan semalam.
UMK memperoleh emas dalam trio lelaki petanque
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memperoleh emas acara petanque trio lelaki setelah menewaskan pasukan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan mata 13-7 di gelanggang petanque UPM hari ini.
5 UNIVERSITI LAYAK KE SUKU AKHIR ACARA BADMINTON LELAKI
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Terdapat lima universiti seperti UUM, UMT, UiTM, UTHM dan UM berjaya mara ke suku akhir acara badminton lelaki SUKUM selepas perlawanan peringkat kumpulan hari ini.
UM DAN UKM TEPATI RAMALAN KUASAI GELANGGANG TAKRAW SUKUM 2022
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Acara sepak takraw membuka tirai permainan hari ini dengan menyaksikan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan (UKM) memenangi perlawanan peringkat kumpulan masing-masing.
UPNM mula pamerkan taring mereka
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) Norhelmi Azizan dan Faizuliyana Mamat berjaya memungut pingat emas sekali lagi setelah menang acara wanita berseorangan yang dipertandingkan semalam bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.
Hatrik Muhammad Nur Amirnudin bantu UMT belasah KPT 5-0
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Hatrik berbisa Muhammad Nur Amirnudin Jerfi mencetuskan kemenangan buat kem Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ketika membelasah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 5-0 pada perlawanan peringkat kumpulan D bola sepak Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) di sini, hari ini.
UPM Johan Petanque Beregu Wanita
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Kem Universiti Putra Malaysia (UPM) menambah pungutan pingat emas pada hari ke-3 temasya SUKUM 2022 melalui acara Petanque kategori Beregu Wanita hari ini di Gelanggang Petanque UPM.
Pasukan Bola Tampar Wanita UM Layak ke Suku Akhir, Berharap Berjumpa UMS Sekali Lagi di Final
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Perlawanan hari ketiga peringkat kumpulan menyaksikan Universiti Malaya (UM) menentang Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk merebut tempat suku akhir perlawanan bola tampar wanita Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.
UMP harapkan raih pingat dan pengalaman di gelanggang petanque
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersedia untuk beraksi di gelanggang petanque UPM untuk kategori trio lelaki pada hari keempat berlansungnya SUKUM ke-44.
Kaaminy sasar pingat kemenangan larian jarak jauh buat UPSI
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Atlet olahraga larian jarak jauh kategori wanita veteren 800m, 1500m dan 2000m Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kaaminy a/p Kanapathy, 37, ingin membawa pulang sebarang pingat kemenangan ke bumi Tanjung Malim pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-44.
UiTM jinakkan UMT dalam pentas akhir bola jaring SUKUM 2022.
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Teknologi Mara (UiTM) menamatkan penantian pingat emas acara bola jaring Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 apabila menewaskan pasukan bola jaring, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 36-20 pada pagi ini.
HAPUS KEMARAU 10 TAHUN, SKUAD TUAN RUMAH MARA KE SUKU AKHIR
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir apabila mengalahkan Universiti Malaysia Terengganu 1-0 dalam saingan peringkat kumpulan acara bola sepak veteran pada Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM), 2022 pagi ini.
Dr Ester Salimun ingin pertahan emas demi UKM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pemenang pingat emas 100m, lompat jauh dan 4X100m Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) ke-43 yang lalu, Dr Ester Salimun ingin terus mengekalkan kejuaraannya pada tahun ini demi menaikkan nama dan imej Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
UPM DAN UTeM MEMBUKA TIRAI GELANGGANG HOKI SUKUM 2022
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Skuad hoki Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat langkah kanan dengan mengalahkan skuad hoki Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dalam aksi pembukaan sukan hoki SUKUM 2022. Perlawanan tunggal pada hari ini bagi kumpulan C berakhir dengan mata 3-1.
LAPAN UA MARA KE SUKU AKHIR ACARA BEREGU WANITA PETANQUE
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Lapan Universiti Awam (UA) berjaya mara ke peringkat suku akhir bagi acara Beregu Wanita Petanque yang akan berlangsung petang ini.
EMAS BUAT UPNM DAN UniMAP DALAM ACARA PERSEORANGAN TENPIN BOLING
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pemain boling perseorangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Norhelmi Azizan dan Mohd Aiman Faris Mahidi mewakili Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih pingat emas dalam acara perseorangan wanita danlelaki yang dipertandingkan bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.
PASUKAN BADMINTON LELAKI UMT MARA KE SUKU AKHIR
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan pasukan lelaki yang pertama melangkah ke suku akhir selepas menewaskan UPNM 4-1 dalam perlawanan semalam dan juga UMK 4-1 dalam perlawanan hari ini dalam saingan Kumpulan B. Pengurus pasukan badminton UMT, Encik Mohd Azam Mat Yaacob berkata pemain akan berehat dahulu untuk menambahkan kekuatan mereka.
Tuan rumah lakar kemenangan 2-0 ke atas UMK
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Tuan rumah, Universiti Putra Malaysia (UPM) mempamerkan aksi cemerlang untuk melakar kemenangan 2-0 ketika menentang Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada aksi Kumpulan C bola sepak senior Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di sini, hari ini.
UMK Tampil Muka Baharu Acara Bola Tampar Lelaki
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan bola tampar lelaki Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menampilkan muka baharu pasukan bola tampar lelaki kerana setelah lama mereka tidak menghantar wakil dalam pertandingan bola tampar kategori lelaki.
UUM DAN UNIMAP BERJAYA MARA KE SUKU AKHIR ACARA BADMINTON WANITA
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berjaya melangkah ke suku akhir dalam acara badminton perempuan di UpTown Sports.
UiTM tepati ramalan ke pentas akhir bola jaring
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Skuad bola jaring Universiti Teknologi MARA (UiTM) menepati ramalan apabila turun menentang Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam aksi terakhir pada bola jaring SUKUM 2022 di UNITEN, esok.
PASUKAN TUAN RUMAH BENAM USIM ACARA BOLA SEPAK VETERAN
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Putra Malaysia (UPM) memulakan permainan dengan cemerlang pada pagi ini dengan membelasah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 7-2 dalam saingan peringkat kumpulan acara bola sepak veteran pada Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022.
Misi pasukan bola tampar wanita UMS kekalkan kejuaraan SUKUM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Hari kedua perlawanan bola tampar wanita Sukan Staf Antara Universiti (SUKUM) 2022 peringkat kumpulan menyaksikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menentang Universiti Malaya (UM) pada sesi kedua permainan harini yang menjanjikan persembahan terbaik oleh pasukan bola tampar wanita UMS bagi mengekalkan kejuaraan mereka dalam temasya SUKUM.
USM JUARA BERTAHAN SASAR 5 EMAS ACARA PING PONG
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Sains Malaysia (USM) menyasarkan kesemua acara dalam Ping Pong iaitu 5 pingat emas pada temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) yang ke-44 di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM bermula esok.
UMT menempah tempat ke separuh akhir
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan bola jaring Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menempah tempat ke separuh akhir bola jaring SUKUM 2022 selepas mengalahkan pasukan bola jaring Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di UNITEN hari ini.
UM Kembali Sertai Acara Catur SUKUM 2022
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaya (UM) kembali menyertai SUKUM 2022 dalam acara Catur setelah gagal menyertai temasya SUKUM edisi ke 43.
SUKUM 2022 perkenal kategori baharu acara berbasikal
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Buat julung kalinya, Kejohanan Sukan Staf Universiti (SUKUM) 2022 memperkenalkan kategori baharu bagi acara berbasikal iaitu Wanita Terbuka dan Time Trial (TT) untuk Kategori Lelaki dan Wanita pada kejohanan tersebut.
Pasukan bola jaring UiTM mara ke suku akhir
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Skuad bola jaring Universiti Teknologi MARA mengesahkan tiket ke suku akhir selepas merekodkan kemenangan kedua dengan mengatasi Universiti Utara Malaysia di UNITEN hari ini.
UMT dan UTM kutip mata penuh acara badminton wanita
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
UMT mengutip mata penuh acara Badminton Wanita yang berlangsung di Uptown Sports dalam pusingan pertama peringkat kumpulan hari ini bersama UTM yang menewaskan USIM 3-0.
UM, UiTM dan UUM menang bergaya Acara Badminton Lelaki
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan lelaki Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya mengutip mata penuh bagi acara Badminton Lelaki dalam peringkat kumpulan hari ini.
Emas pertama dari pasukan Petanque UPM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan petanque Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya memenangi pingat emas apabila menewaskan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan keputusan 13-3 di pusingan akhir kategori Trio Wanita hari ini di sini.
SUKUM: Universiti Malaya belasah KPT 4-0
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaya (UM) memulakan kempen dengan garang apabila membelasah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 4-0 dalam saingan peringkat kumpulan acara bola sepak senior pada Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di sini, hari ini.
UM ternyata tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-3 menerusi Mohd Khairul Hasikim Mohd Sofian ketika perlawanan Kumpulan A di Padang B, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Semangat membara UniMAP hadapi SUKUM 2022.
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Hari ini adalah hari pertama pembukaan gelanggang bola tampar kategori lelaki yang telah menyaksikan sebanyak 12 pasukan dipertemukan dalam acara bola tampar kategori lelaki di Komples Semarak INSPEN Bangi yang bermula pada jam 2 petang bagi temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022.
Empat pasukan bola jaring layak ke suku akhir.
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan bola jaring pada SUKUM 2022 pada hari kedua ini menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan apabila beberapa pasukan universiti awam layak ke peringkat suku akhir.
UNIMAP MAHU MENCIPTA KEMENANGAN SUKAN BOLING
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Kontinjen boling Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) menyasarkan pingat emas bagi kesemua acara yang dipertandingkan bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.
UTeM mempamerkan prestasi yang baik di Gelanggang Petanque
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pertandingan petanque kategori trio wanita membuka tirainya hari ini. Pasukan pemain trio wanita petanque Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menentang pasukan dari Universiti Perlis Malaysia (UniMAP) kedua-dua pasukan mempamerkan potensi yang tidak jauh bezanya.
Pembukaan gelanggang Bola Tampar Wanita SUKUM 2022 menyaksikan UPM menentang ‘ibu’
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Hari pertama pembukaan gelanggang bola tampar kategori wanita menyaksikan skuad Bola Tampar Universiti Putra Malaysia (UPM) menentang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di gelanggang B bagi temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 yang bermula pada jam 10 pagi ini di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.
UM, UiTM rangkul emas footgolf senior
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) masing-masing menggondol satu pingat emas dalam saingan footgolf senior Sukan Staf Antara Universiti (SUKUM) 2022 di Pusat Golf Bukit Jelutong, di sini, hari ini.
UPM membuka tirai SUKUM-44 2022 dengan semangat kekeluargaan IPT
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuka tirai secara rasmi sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM hari ini.
UPSI kejar empat pingat di Gelangang Petanque
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyasarkan sekurang-kurangnya empat pingat pada temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) yang ke-44 di gelangang Petanque UPM yang akan bermula esok.
UiTM dan UPNM kuasai kategori footgolf veteran
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Teknologi MARA (UiTM) merangkul pingat emas acara footgolf berpasukan veteran manakala pemain Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohd Razlan Shah Mohamad Rabii menguasai individu veteran ketika saingan amat sengit dalam Sukan Staf Antara Universiti (SUKUM) 2022 di Pusat Golf Bukit Jelutong, di sini, hari ini.
Skuad Bola Jaring UPM pamer aksi cemerlang peringkat kumpulan
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Pasukan bola jaring Universiti Putra Malaysia (UPM) mempamerkan aksi cemerlang ketika pusingan awal peringkat kumpulan setelah berjaya menumpaskan pasukan lawan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dengan jaringan 35-22.
SUKUM 2022 julung kali perkenalkan acara berbasikal MTB dan RB berasingan
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Buat julung kalinya, SUKUM 2022 memperkenalkan acara berbasikal Mountain Bike (MTB) dan Road Bike (RB) yang dipertandingkan secara berasingan.
Pasukan Bola Tampar lelaki USIM berusaha ulangi kejuaraan semasa SUKUM 2018
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Skuad Bola Tampar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) lelaki menyasarkan pingat emas pada temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok sehingga 22 September ini di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.
Taklimat Ketua Kontinjen SUKUM-44, beri penekanan larangan merokok sepanjang kejohanan
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Timbalan Pengarah (Pengembangan Atlet dan Staf), Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Malik Ahmad Tobias memberi penekanan larangan untuk merokok mahupun menggunakan rokok elektronik (vape) di kawasan kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 bermula 17 hingga 24 September ini.
SAINGAN SENGIT DOMINASI BOLA SEPAK VETERAN
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Skuad bola sepak veteran Universiti Sains Malaysia (USM) menyasarkan untuk masuk ke pusingan akhir pada temasya Sukan Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022, di sini, bermula esok.
UMS sasar 6 pingat emas di kejohanan SUKUM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyasarkan enam pingat emas di
Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 yang berlangsung pada 17 hingga 24 September 2022 di Universiti Putra Malaysia (UPM).
FOOTGOLF UM SASAR 2 PINGAT EMAS
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Skuad footgolf Universiti Malaya (UM) menyasarkan sekurang-kurangnya dua pingat pada temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Pusat Golf Bukit Jelutong, di sini, bermula esok.
Naib Canselor Serah Bendera UPM buat Kontinjen SUKUM
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyerahkan bendera UPM sempena Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 yang akan bermula 17 hingga 24 September ini.
UPM Tuan Rumah SUKUM Ke-44
Posted in: HAIRUL NIZAM MD NURI
Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) Kali ke-44, pada tahun ini yang akan bermula 17 hingga 24 September ini.