Buletin Penuh

Sinaran emas UPM di acara padang SUKUM

Sinaran emas UPM di acara padang SUKUM

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

KAJANG, 21 Sept – Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan kecemerlangan masing-masing dalam sukan olahraga acara padang apabila berjaya menawan dua pingat emas menerusi merejam lembing dan lontar peluru.

Atlet lontar peluru veteran UPM, Siti Salmi Mohd Idris seperti tidak menyangka bahawa pingat emas berjaya menjadi miliknya berikutan saingan sengit yang diberikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Shaliza Md Yusos.

“Mata balingan paling jauh saya ialah 8.56 meter (m) manakala Shaliza 8.0m. Saya merasakan seperti sukar dan tidak percaya untuk meraih emas.

“Apabila dinobatkan menjadi juara saya tidak tahu hendak menggambarkan perasaan gembira ini dan dalam masa yang sama saya juga terkejut dengan kejayaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meraih pingat perak bagi lempar cakera dan pingat gangsa bagi acara bola jaring.

Sementara itu, atlet merejam lembing veteran Siti Mariam Shafie @ Musa juga berjaya menambat emas dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di sini, hari ini.

“Walaupun saya akui sedikit kurang aktif dalam membuat latihan berikutan kekangan waktu kerja namun pada hari ini saya memang memberikan komitmen 100 peratus dan balingan yang terbaik,” katanya.

Beliau menang dengan catatan 18.55m dan atlet UTM, Rohayah Dahar di tempat kedua yang mencatatkan 17.29m manakala pingat gangsa milik Universiti Malaya, Wong Ngan Ling, 16.46m. - UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal