Buletin Penuh

Kilauan Emas Untuk Tuan Rumah Dikebas UTeM

Kilauan Emas Untuk Tuan Rumah Dikebas UTeM

Oleh: Wan Muhammad Muizzuddin

SERDANG, 24 September – UTeM berjaya menangguhkan hasrat Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai tuan rumah SUKUM 2022 dengan membawa pulang pingat emas bagi acara dart yang terakhir iaitu kategori berseorangan.

UTeM iaitu juara berjaya memenangi kesemua perlawanan secara berturut-turut menentang pihak lawan iaitu UPSI, UTM dan UiTM sebelum memenangi perlawanan terakhir yang menentang UPM.

Pengurusi Pasukan Dart UTeM, Rohaili bin Ramli, berkata beliau berasa sangat bersyukur atas pencapaian pasukan beliau kerana berjaya mendapatkan pingat emas dalam kategori Individu dan gangsa bagi kategori Empat Berpasukan.

Tambahan beliau, beliau berharap agar SUKUM yang akan datang akan menandingkan pelbagai lagi kategori bagi acara dart ini agar kuantiti pingat yang boleh didapati akan bertambah.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal