Buletin Penuh

UiTM Emas Sepak Takraw SUKUM ke 44

UiTM Emas Sepak Takraw SUKUM ke 44

Oleh: Dahlan Ismail Abu Bakar

SERDANG, 24 Sept - UiTM bertemu UKM di peringkat akhir sepak takraw Sukan Staf Universiti-universiti Malaysia (SUKUM) ke 44 di sini hari ini.

Regu senior antara kedua pasukan saling berbalas hantaran untuk mencuri mata permainan. Permainan pasukan UiTM dilihat lebih konsisten dalam bertahan dan menyerang berbanding pasukan UKM yang banyak membuang mata. Muhammad Ikmal Mohd Kassim, apit kanan UiTM bijak mencuri mata buat dengan rejaman dan kuisan bola ke gelanggang lawan. Permainan regu senior berkesudahan sehingga tie-break. UiTM menang 22-20, 21-13 dan 21-11.

Permainan regu veteran menyaksikan UKM menguasai gelanggang dengan baik. Penguasaan UKM membawa kepada kemenangan straight set 21-14 dan set kedua 24-22.

Penentuan pingat emas berpindah kepada acara beregu sepak takraw dengan UiTM menunjukkan kematangan dalam mengawal permainan. Regu UiTM dibarisi oleh Mohd. Hanukhairi M.Roslan bersama Zulhafizazudin Md. Rosslan 21-10 dan 21-4.

UiTM raih emas, UKM pingat perak, manakala UM berpuas hati dengan pingat gangsa bersama  UUM.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal