Buletin Penuh

UPM Tak Gentar Acara Memanah

UPM Tak Gentar Acara Memanah

Oleh Assharaff Khan

SERDANG, 23 Sept- Pembukaan acara memanah Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) edisi kali ke-44 di Lapang Sasar Memanah Universiti Putra Malaysia (UPM) mempertemukan lebih 120 orang atlet memanah daripada 11 kategori yang dipertandingkan dari seluruh universiti awam dengan pelbagai latar belakang yang tidak menjejaskan semangat pasukan tuan rumah UPM untuk mengungguli acara ini.

Untuk SUKUM kali ini penampilan atlet-atlet hebat dalam sukan memanah seperti Dr Mon Redee Sut Txi yang merupakan bekas atlet memanah olimpik mewakili pasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan beberapa lagi bekas pemanah kebangsaan serta bekas pemanah SUKMA yang turut menyertai SUKUM 2022 di UPM.

Pasukan memanah UPM adalah antara pasukan baharu yang berkecimpung dalam dunia sukan memanah namun sesekali tidak tergugat dengan figura-figura hebat sukan memanah dan meletakkan target dua pingat emas di Lapang Sasar Memanah Universiti Putra Malaysia.

Pengurus pasukan memanah UPM, Faiz Mokhtar Lopi berkata pasukan memanah UPM telah bersedia 3 bulan sebelum temasya SUKUM bermula walaupun dengan terdapat beberapa kekangan seperti komitmen terhadap keluarga dan kerja namun semangat yang padu tetap diberikan oleh 16 orang atlet UPM untuk memburu pingat di SUKUM 2022.

“Cabaran kami adalah untuk melengkapkan pemain dengan alatan yang mencukupi melihatkan kepada kos alatan sukan memanah yang mahal agak mahal.

“Kami menyarankan pemain untuk membeli alatan sendiri untuk lebih menghargai barangan yang dimiliki namun kepada atlet yang kurang berkemampuan kami tetap membantu. Saya tidak mahu atlet kami terganggu dengan masalah ketidakcukupan alatan yang akan mengganggu pemikiran dan semangat mereka untuk berjuang.” Katanya ketika ditemu bual di Lapang Sasar Memanah Universiti Putra Malaysia.

Pusat Akademi Sukan UPM dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM membantu pasukan memanah UPM bagi melengkapkan mereka dengan alatan yang mencukupi agar mereka terus kekal fokus memburu pingat dalam acara ini.

Marzieana Ab Rahman merupakan atlet UPM yang berjaya mengungguli carta tiga terbaik dalam pusingan Recurve Veteran Women 30 meter yang akan terus memberikan saingan hebat dalam pusingan Recurve Veteran Women 15 meter esok.

“Kami sebagai pemain semestinya mengharapkan dapat membawa pulang pingat dalam SUKUM kali ini dan kami sentiasa lakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Walaupun terdapat beberapa pesaing hebat yang turut menyertai SUKUM kali ini namun tidak pernah sesekali  melemahkan semangat kami untuk merebut pingat emas.” Kongsi Marzieana Ab Rahman semasa ditemubual.

Setakat hari ini pasukan Recurve Senior Men UPM berjaya mengungguli carta dengan mata 932 meninggalkan pesaing hampir Universiti Malaya (UM) dengan mata 930 ditempat yang kedua dan di tempat yang ketiga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan mata 923.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal