Buletin Penuh

PINGAT EMAS MILIK UPM UNTUK HOKI SUKUM 2022

PINGAT EMAS MILIK UPM UNTUK HOKI SUKUM 2022

Oleh: Shaikh Mustafa

Kuala Lumpur, 24 September - Skuad hoki lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta sejarah apabila muncul juara dalam edisi Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 selepas mengatasi skuad hoki lelaki Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan mata 3-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Kuala Lumpur.

Lebih manis, kejayaan itu menyaksikan menjadikan kontinjen UPM berada di tempat pertama dalam ranking pungutan pingat setakat ini. Dua gol hasil dari penalty corner dari Azmi Deraman pada minit ke-9 dan 50 dan satu gol lagi disumbangkan oleh kapten pasukan UPM, Muhamad Zulfadli Muhamad Isa dengan gerakan solo dari tengah padang ke arah pintu gol pada minit ke-52.

“Terima kasih kepada SUKUM 2022 kerana menganjurkan hoki semula selepas kali terakhir pada 2017 di UPSI. Tahniah kepada pasukan UPM kerana menjuarai kali ini”, Syafullrizam Azizan, kapten pasukan UUM ketika ditemui selepas perlawanan. Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejohanan kali ini.

“Alhamdulillah, kami bermain dengan baik hari ini walaupun semalam kami tidak begitu yakin dengan pasukan. Kemenangan 3-0 pada hari ini bagi saya sangat luar biasa. Berkat doa warga UPM, hoki lelaki mencapai hasrat semua.”, pengurus pasukan UPM, Ahmad Fouzi Abdul Tahir.

Turut hadir En Muhazam Mansor, Pendaftar, Pejabat Pendaftar UPM, ketika majlis penyampaian hadiah kepada semua pasukan yang memenangi pingat sejurus selepas tamat perlawanan akhir.

UPM meraih emas, UUM pingat perak, manakala UKM dan UM bersama mendapat pingat gangsa.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal