Buletin Penuh

USM leburkan harapan tuan rumah

USM leburkan harapan tuan rumah

Oleh : Nur Hidayah Binti Abdul Jamil

SERDANG, 24 SEPTEMBER - Pasukan ping pong Universiti Sains Malaysia (USM) menutup langsung peluang keemasan pasukan pingpong Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila mereka membaham pasukan tuan rumah dengan mata 3:0 di peringkat akhir sukan pingpong kategori pasukan campuran Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) ke - 44 pada tahun 2022 di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM.

Permainan sengit dalam setiap permainan yang hanya setiap kali membezakan satu mata sahaja dalam setiap set untuk merealisasikan sasaran pingat emas.

Melalui serangan demi serangan daripada setiap atlet USM yang juga merupakan bekas Juara sukan pingpong pada SUKUM ke-43 itu menundukkan atlet UPM sekaligus menggagalkan hasrat tuan rumah.

Keputusan : 
PASUKAN BERCAMPURAN 
EMAS : USM
PERAK : UPM 
GANGSA : IIUM & UM

BEREGU LELAKI VETERAN
EMAS : USM
PERAK : UPSI
GANGSA : IIUM & UTEM

BEREGU WANITA
EMAS : UM
PERAK : UPM
GANGSA : UKM & USM

BEREGU LELAKI 
EMAS : USM
PERAK : UPM
GANGSA : UKM & UNIMAP

PERSEORANGAN LELAKI 
EMAS : USM
PERAK : UITM
GANGSA : UNIMAP & UMS

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal