Buletin Penuh

UTM JUARA BOLA SEPAK VETERAN TEMASYA SUKUM 2022

UTM JUARA BOLA SEPAK VETERAN TEMASYA SUKUM 2022

Oleh: Faruq Irsyad bin Razali

SERDANG, 24 SEPTEMBER – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bergelar juara bagi kategori bola sepak veteran kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM), 2022 pada pagi ini setelah membenam Universiti Sains Malaysia (USM) dengan mata 3-0.

Perlawanan di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) pada pagi ini menyaksikan perlawanan yang cukup sengit di antara kedua pasukan yang layak ke pusingan akhir.

Separuh masa pertama menyaksikan pemain jersi 16, Mohd Azhari daripada UTM menjaringkan gol pada minit ke-9. Turut tidak membuang masa, pemain jersi 3, Wan Mohd Norzaidi kemudiannya meledakkan gol yang kedua pada minit ke-13 bagi mengukuhkan permainan daripada pihak UTM.

Dua gol pada separuh masa kedua jelasnya sudah memadai bagi mengukuhkan genggaman pihak emas bagi pasukan UTM.

Permainan jelasnya dikuasai oleh UTM apabila pemain jersi 12, Muhammad Fitri Amir turut berjaya menjaringkan gol bagi pihak pasukan sebelum wisel penamat ditiup semasa separuh masa kedua.

Pengurus pasukan bola sepak veteran UTM, Masnawi Misdam (50) berkata. “USM tidak dinafikan merupakan pasukan yang mantap dan memberikan saingan hebat semasa perlawanan final pada hari ini. Apa yang membezakan di antara dua pasukan ini adalah sentuhan penyudah pasukan kami yang lebih tajam. Itu sahaja”.

“Saya amat berbangga dengan pasukan UTM kerana kami datang bersama-sama, kalah bersama-sama, seri bersama-sama, dan kini juara bersama-sama” tambahnya lagi.

Menduduki tempat kedua pula ialah Universiti Sains Malaysia yang turut memberikan saingan hebat sepanjang perlawanan bola sepak veteran SUKUM 2022. “Mungkin hari ini kami kalah disebabkan faktor keletihan dan sebagainya, tapi saya percaya kami akan comeback pada temasya SUKUM 2023 ketika USM menjadi tuan rumah”, kata Kapten bola sepak veteran USM, Zairi Mohd Noor (46).

“Saya amat menghormati pasukan UTM sebab mereka bukan calang-calang. Mereka memberikan persembahan yang baik di samping persiapan yang cukup rapi”, tambahnya lagi.

Pemberian pingat gangsa turut diberikan kepada pasukan bola sepak Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menduduki tempat ketiga bersama. - UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal