Buletin Penuh

UPM DAN UUM MARA KE FINAL HOKI

UPM DAN UUM MARA KE FINAL HOKI

Oleh: Shaikh Mustafa

Kuala Lumpur, 23 September - Pasukan hoki tuan rumah, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pasukan hoki Universiti Utara Malaysia (UUM) yang merupakan juara musim lalu layak ke final selepas menewaskan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam pusingan separuh akhir di Stadium Hoki Kuala Lumpur hari ini.

Perlawanan dengan mata 4-2 antara UPM dan UM itu tadi memaparkan perlawanan yang sengit pada suku pertama. Pemain pertahanan skuad hoki UM bejersi 49, Mohd Afif Abu Bakar banyak melakukan hadangan yang baik bagi menghalang skuad hoki UPM membolosi pertahanan.

Dua mata untuk UM muncul pada minit ke 27 dan 34 melalui penalty corner dari Muhammad Syahir Syah Busnaning, jersi 33. Kedua-dua gol hasil dari taktik yang sama!

Suasana suram penyokong UPM bertukar gamat selepas 36 minit perlawanan tanpa gol apabila penalty corner diberikan dan disempurnakan oleh Mohmad Redza Maadun. Disambung pada minit ke 38 UPM melalui penalty shootout oleh Danial Asyraf Abdul Ghani.

Baki dua gol lagi adalah daripada Azmi Deraman dengan taktik yang baik dalam penalty corner pada minit ke 43 dan 59.

"Permainan yang cukup berdisiplin dan baik dari pasukan UM berjaya menghasilkan dua gol pada awal perlawanan sebelum pasukan UPM meningkatkan intensiti game. Saya juga berterima kasih pada pengurusan UM, pusat sukan UM, pengurus pasukan kerana kami telah sampai ke sasaran gangsa dan dapat memberikan saingan kepada pasukan UPM" Mohd Zul Rusdi Mohd Ghazali, jersi 5, UKM.

"Alhamdulillah, kami dapat memenangi perlawanan ini. Separuh akhir terasa seperti final kerana pemain telah bermain secara all out dan kami bersedia untuk ke final", kapten pasukan UPM, Muhamad Zulfadli Muhamad Isa.

Perlawanan UUM melawan UKM berakhir dengan kedudukan mata UUM 4 UKM 0. Tiga gol padang pada minit 12, minit 21 dan minit 40 dan satu penalty shootout pada minit ke 15. Kredit harus diberikan juga pada penjaga gol UKM, Khairul Azlan Ismail kerana banyak menampan serangan ke arah gawang dengan baik.

"Alhamdulillah dan terima kasih atas semangat kesukanan UKM kerana sentiasa menghantar pasukan untuk bertanding dan tahun ini kami berjaya membawa pulang pingat gangsa", kapten pasukan UKM, Mohd Firdaus Shaharudin.

Pemain UUM, Mohd Hadzrami berkata, "Permainan amat baik dan kami juga mengharapkan kemenangan untuk final esok hari".

Perlawanan akhir antara UPM dan UUM dijadualkan esok, 24 September, 8.30 pagi di Stadium Hoki Kuala Lumpur.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal