Buletin Penuh

UTM Akhiri Perlawanan Sengit Dengan Kilauan Emas

UTM Akhiri Perlawanan Sengit Dengan Kilauan Emas

Oleh: Wan Muhammad Muizzuddin

SERDANG, 24 September – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengakhiri perlawanan catur dengan pulangan kilauan pingat emas.

UTM sering kejar-mengejar mengumpul mata perlawanan dengan pasukan catur Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebanyak tujuh pusingan yang lalu.

Pengurus Pasukan Catur Lelaki UTM, Azri bin Hohad, berkata beliau berasa sangat gembira sebagai pengurus pasukan catur UTM apabila mereka telah berjaya mendapatkan sebanyak empat pingat dalam acara catur SUKUM 2022.

“Saya telah meyusun ahli pasukan dan memberikan mereka latihan walaupun dalam waktu Perintah Kawalan Pergerekan (PKP). Saya banyak melakukan latihan secara atas talian dan hasil yang kami dapat untuk SUKUM kali ini rasa sangat berbaloi,” katanya.

Tambahan beliau, pasukan catur beliau menjadikan nasihat dan kata-kata semangat sebagai motivasi untuk sepanjang perlawanan catur tersebut.

“Saya sebagai pengurus dan juga pemain-pemain sering memberi nasihat dan kata semangat sejak dari hari pertama bermain untuk SUKUM walaupun pada hari pertama, pemain-pemain sudah berasa tidak bersemangat untuk bermain kerana terlalu banyak pusingan yang dipertandingkan,” katanya.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal