Buletin Penuh

Bintang Olimpik Terus Bersinar di SUKUM 2022

Bintang Olimpik Terus Bersinar di SUKUM 2022

Oleh Assharaff Khan

SERDANG, 24 Sept - Bekas atlet memanah Olimpik Malaysia Dr Mon Redee Sut Txi berjaya memperolehi pingat emas dalam acara memanah bagi kategori Recurve Wanita Veteran Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Lapang Sasar Memanah Universiti Putra Malaysia (UPM)

Dr Mon Redee, merupakan atlet pertama sukan memanah yang layak ke temasya Olimpik Athens 2004 bagi acara Recurve Individu Wanita yang turut sama memberikan saingan dalam temasya SUKUM 2022 bagi mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Atlet berumur 40 tahun ini telah berjaya memperoleh emas bagi kategori Recurve Wanita Vateran dengan jumlah mata 662 menumpaskan pesaing hampirnya Nur Aimi Jani di tangga yang kedua dengan mata 634 daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Saya sekarang bukan lagi atlet tegar, saya lebih kepada kejurulatihan dan tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan skor yang tinggi seperti dahulu.

“Persiapan untuk SUKUM agak singkat kerana saya terdapat komitmen lain dan hanya betul-betul bersedia tiga hari sebelum saya datang ke sini.” Kongsi beliau ketika ditemui di Lapang Sasar Memanah UPM.

Dr Mon mula berkecimpung dalam sukan memanah sejak 1998 di bangku sekolah lagi kemudian selepas tamat SPM beliau terpilih untuk menyertai pasukan kebangsaan dan merupakan atlet pertama yang layak untuk ke sukan memanah Olimpik musim panas 2004 di Greece, Athens.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal