Buletin Penuh

Persaingan Sengit Antara IIUM, UKM dan UUM dalam Catur Classical

Persaingan Sengit Antara IIUM, UKM dan UUM dalam Catur Classical

Oleh: Wan Muhammad Muizzuddin

SERDANG, 21 September – Pusingan satu dan dua kategori Catur Classical hari ini menunjukkan persaingan sengit antara Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

IIUM, UKM dan UUM telah mengumpul sebanyak empat mata perlawanan hari ini selepas berakhirnya pusingan kedua kategori Catur Classical Lelaki. Ketiga-tiga universiti ini berjaya mendapatkan empat mata setelah memenangi kedua-dua pusingan yang dipertandingkan.

Sementara itu, dalam kategori Catur Classical Wanita, Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan persaingan sengit dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan empat jumlah mata perlawanan yang sama selepas dua pusingan. 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal