Buletin Penuh

UiTM jinakkan UMT dalam pentas akhir bola jaring SUKUM 2022.

UiTM jinakkan UMT dalam pentas akhir bola jaring SUKUM 2022.

Oleh: Siti Khadijah Mohd Hanafi

BANGI, 20 Sept – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menamatkan penantian pingat emas acara bola jaring Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 apabila menewaskan pasukan bola jaring, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 36-20 pada pagi ini.

Dalam aksi di Sports Arena,UNITEN, UiTM diberi tentangan sengit UMT sebelum bangkit di hujung permainan sekali gus memastikan pingat emas di bawa pulang ke universiti mereka.

Penjaring utama UiTM, Siti Maznah Sulaiman  berasa gembira kerana gelaran juara yang disandang oleh pasukan mereka masih utuh dipertahankan kerana sebelum ini mereka pernah menjadi juara bola jaring SUKUM 2018. 

“Saya sebagai wakil dari pasukan bola jaring UiTM berasa bangga dan berbesar hati dengan pasukan saya yang memberi komitmen yang penuh sepanjang perlawanan berlangsung dan kesukaran kami untuk berjuang sehingga ke titisan yang terakhir serta menang dengan jayanya.”

“Cabaran yang dihadapi adalah berdebar kerana berada di pentas akhir bersama UMT. Tetapi kami tetap berusaha dan bahagia kami dapat merangkul juara sukan ini”

Pada akhir acara, UiTM menerima pingat emas dan UMT menerima pingat perak. Pasukan UKM dan UPM masing-masing menerima pingat gangsa.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal