Buletin Penuh

Pasukan Bola Tampar Wanita UM Layak ke Suku Akhir, Berharap Berjumpa UMS Sekali Lagi di Final

Pasukan Bola Tampar Wanita UM Layak ke Suku Akhir, Berharap Berjumpa UMS Sekali Lagi di Final

Oleh Assharaff Khan

Bangi, 20 September - Perlawanan hari ketiga peringkat kumpulan menyaksikan Universiti Malaya (UM) menentang Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk merebut tempat  suku akhir perlawanan bola tampar wanita Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.

UM berjaya menewaskan pesaingnya UiTM dengan mata 25-13 dan 25-21 yang mana UiTM tidak memberikan kemenangan mudah kepada UM dan berharap perlawanan ditambah ke set ketiga.

Jurulatih pasukan bola tampar UM, Juyana @ Azlan Musa berkata mereka menyasarkan emas bagi acara bola tampar wanita SUKUM 2022 dan sentiasa bekerja keras untuk sentiasa mendapatkan johan dalam semua pertandingan bola tampar yang dipertandingkan.

“Kami telah bersedia untuk SUKUM kali ini lebih dari dua bulan melalui latihan sendiri dan latihan bersama saya dalam sebulan terakhir sebelum pertandingan.”

“Saya yakin kami dapat atasi sebarang masalah yang hadir dan berharap UM sekali lagi akan berjumpa dengan UMS di final,” katanya ketika ditemubual di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.

Pada perlawana awal peringkat kumpulan pasukan bola tampar wanita UM telah bertemu dengan pasukan bola tampar wanita UMS dan tewas di tangan UMS 25-21 dan 25-17 pada 19 september di gelanggang B Kompleks Semarak INSPEN Bangi.

Pemain UM berharap undian esok tidak mempertemukan mereka dengan UMS di peringkat suku akhir agar dapat memberi laluan kepada mereka untuk mara ke final kerana mereka yakin dapat menewaskan wakil Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ataupun Univeriti Putra Malaysia (UPM) yang turut mendominasi perlawanan setakat ini.

Tuan rumah UPM telah berjaya menjadi johan kumpulan apabila menewaskan Universiti Malaysia Pahang (UMP) 25-16 dan 25-15 di gelanggang B manakala di gelanggang A Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menewaskan Univeriti Sains Islam Malaysia (USIM) 25-15 dan 25-13 sekali gus memberikan peluang kepada UTM untuk mara ke suku akhir pertandingan.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal