Buletin Penuh

CUACA PANAS TAK HALANG UTHM PESTA GOL

CUACA PANAS TAK HALANG UTHM PESTA GOL

Oleh: Shaikh Mustafa.

Kuala Lumpur, 22 September - Skuad hoki Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akur dengan kekalahan pada skuad hoki Universiti Malaya (UM) dengan mata 6-2. Bagaimanapun, suku pertama perlawanan dipegang oleh kemas oleh UTHM dengan jaringan pertama perlawanan pada minit ke 4 hasil dari Mohd Shahir Mohamad Ismon.

Selepas mendapat sedikit tempo, pasukan UM meledak tiga gol pada minit ke 27, 41 dan 43 menerusi Mohd Syamim Rosle dan dua dari Abdul Rahimi Abdul Rahman. Seterusnya, pasukan UTHM segera mendapat sedikit kelegaan apabila Hassan Azhari Ghazali meledak satu gol lagi untuk pasukan pada minit ke 44.

Rentak permainan semakin menjadi bagi pasukan UM dan mereka berhasil menjaringkan tiga lagi gol. Pada minit ke 53 Mohd Syamim Rosle melalui pukulan yang baik dan berjaya menghasilkan satu gol padang dan merupakan gol kedua baginya dalam perlawanan ini.

Baki dua gol adalah daripada Mohad Khalilie Husna Yusof pada minit 56 dan 58 berturut.

Kapten pasukan hoki UM, Abdul Rahimi Abdul Rahman berkata ketika ditemui selepas perlawanan, "Pada awal permainan, kami kelihatan sedikit leka dan masih cuba untuk mencari gol. Selepas third quarter barulah kami mendapat rentak" sambungnya lagi, "Pasukan UPM dan UUM adalah pasukan favorite, jadi persediaan untuk esok (melawan UPM) mungkin kami akan menukar teknikal perlawanan dengan kuatkan pertahanan".

Skuad Hoki UM akan berdepan UPM pada pukul 3 petang esok di Stadium Hoki Kuala Lumpur untuk kejohanan SUKUM UPM 2022.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal