Buletin Penuh

UPM Dominasi Emas Acara Golf

UPM Dominasi Emas Acara Golf

Oleh: Dahlan Ismail Abu Bakar

SERDANG, 22 Sept - Acara golf berlangsung hari kedua hari menyaksikan UPM dominasi acara golf dengan meraih 3 emas acara berpasukan net dan gross serta individu net.

Pasukan UPM mengumpul 548 mata berbanding pasukan UKM dengan 558 mata dan menerima pingat perak. UPNM berpuas hati menerima pingat gangsa acara berpasukan net. Pasukan UPM dibarisi Dr. Fadzrul Abas, Dr. Fariz Azmi dan Mohd Zamanu.

Kategori gross pula menyaksikan pasukan UPM sekali lagi meraih emas dengan mengumpul mata 631 meninggalkan UiTM untuk pingat perak dengan mata 658. Pingat gangsa diraih oleh UPSI yang mengumpul mata 681. Pasukan UPM turut dibarisi Dr. Hanan Hasan, Dr. Zailani Khuzaimah, Haziq Aeman Abd Ghani dan Mohd Ridzal Mukhtar.

Sementara itu, Mohd. Nasir Mohd Hat raih emas untuk kem UPM bagi kategori individu net dan Rizal Ahmad dari UTM pingat perak. Prof Dr. Abdullah Yusof dari kem UPNM raih pingat gangsa.

Manakala kategori individu gross, Muhamad Safiq Saiful dari UiTM raih emas diikuti Mohd. Ridzal Mukhtar pingat Perak dan Dr. Zailani Khuzaimah pingat Gangsa dari UPM. 

Acara golf SUKUM 2022 dijalankan di padang Golf UPM.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal