Buletin Penuh

USIM Meleburkan Harapan Emas Tuan Rumah

USIM Meleburkan Harapan Emas Tuan Rumah

Oleh Assharaff Khan

KAJANG, 21 Sept - Pasukan bola tampar lelaki Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menutup peluang pasukan bola tampar lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila mereka menewaskan pasukan tuan rumah itu 25-21 dan 25-14 di peringkat suku akhir acara Bola Tampar Lelaki Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.

Pasukan bola tampar lelaki USIM tampak tergugat di set pertama perlawanan apabila pasukan UPM membuat serangan balas yang hebat untuk memastikan mereka akan mara ke peringkat separuh akhir untuk membawa pulang sebarang pingat.

Melalui serangan demi serangan daripada spiker terbaik USIM yang juga merupakan bekas pemain bola tampar Malaysia, Mohammad Fitri merobohkan pertahanan pasukan bola tampar lelaki UPM sekali gus menggagalkan hasrat tuan rumah mara ke peringkat seterusnya.

Selain USIM, pasukan bola tampar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga berjaya mara ke peringkat separuh akhir apabila menumpaskan pasukan bola tampar lelaki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 25-18, 25-20 dan 15-9 sekali gus akan bertembung dengan USIM esok di peringkat separuh akhir.

Dalam perlawanan yang seterusnya, di gelanggang A pasukan bola tampar lelaku Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menewaskan pasukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 25-17 dan 25-9 manakala di gelanggang B Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah membenam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 26-24, 19-25 dan 15-6 seterusnya melayakkan dan mempertemukan UiTM dan UniSZA di pentas separuh akhir pada esok di Kompleks Semarak INSPEN Bangi bagi acara bola tampar lelaki SUKUM 2022.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal