Buletin Penuh

UTM Bangkit dan Meninggalkan Pihak Lawan

UTM Bangkit dan Meninggalkan Pihak Lawan

Oleh: Wan Muhammad Muizzuddin

SERDANG, 22 September - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini telah bangkit meninggalkan pihak lawan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari ketiga perlawan Catur Classical Lelaki tamat. 

UTM pada hari semalam dengan mata perlawanan sebanyak enam, hari ini telah berjaya mendapatkan lapan mata perlawanan. UTM dengan lapan mata perlawanan tersebut telah meninggalkan UKM yang semalam berada di posisi pertama kini hanya mempunyai tujuh mata perlawanan.

Sementara itu, pasukan catur wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) masih mengekalkan tangga nombor satu dengan 12 mata perlawanan dan masih sengit dengan pihak lawan mereka iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan beza dua mata perlawanan sahaja dalam acara Catur Classical Wanita.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal