Buletin Penuh

Saingan Sepak Takraw Diteruskan Hari Ini

Saingan Sepak Takraw Diteruskan Hari Ini

Oleh: Dahlan Ismail Abu Bakar

SERDANG, 21 Sept - Acara sepak takraw saingan peringkat kumpulan diteruskan hari ini menyaksikan UPSI menentang USIM utk kumpulan A dan UTEM menentang UNIMAP. 

Perlawanan peringkat kumpulan A hari ini adalah saingan mengutip mata bagi pasukan USIM dan UPSI dengan kesudahan keputusan perlawanan memihak kepada USIM yang menewaskan UPSI 2-1. 

Saingan kumpulan A berbaki satu perlawanan lagi antara UM dengan USIM bagi penentuan johan dan naib johan kumpulan untuk membawa cabaran ke peringkat seterusnya.

Dalam pada itu, UTeM yang membariskan lthmain Md Jais  (59) menjadikan beliau pemain paling veteran dalam acara sepak takraw. Beliau menamatkan permainan acara sepak takraw beregu memastikan kemenangan UTeM dalam 3 set permainan. 

Beliau yang ditemui sejurus permainan tamat berkata SUKUM edisi kali ini merupakan edisi terakhir beliau sejak mula menyertainya pada tahun 2011. 

“Setiap pemain perlu fokus dan menumpukan sepenuh perhatian semasa dalam gelanggang dan semasa menjalani latihan. Tidak dinafikan latihan secara sendirian amat penting” tambah beliau yang aktif menyertai pertandingan sejak tahun 70an.

Sementara itu, persaingan mengumpul mata bagi merebut tempat dalam kumpulan C, UTeM menentang UniMAP berkesudahan dengan UTeM  menang 2-1. 

En. Azhar Mohd Salleh, Pengarah Pusat Sukan UTeM turut menyaksikan saingan UTeM pagi ini.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal