Buletin Penuh

Pelari UTM tumpaskan bekas pelari pecut negara, Nazmizan Muhamad

Pelari UTM tumpaskan bekas pelari pecut negara, Nazmizan Muhamad

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

KAJANG, 21 Sept - "Terkejut dan masih tidak percaya." Begitulah perasaan yang digambarkan pelari 100 meter (m) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhamad Fitri Amir Ramli setelah menumpaskan bekas pelari pecut negara, Nazmizan Muhamad. 

Beliau yang berjaya memecut Nazmizan dengan rekod 11.6s dan membolehkannya meraih emas kategori lelaki veteran itu meluahkan rasa syukur atas kemenangannya itu.

"Saya amat bersyukur dan kemenangan ini hadiah untuk staf UTM serta ahli keluarga saya yang berada di rumah.

"Saya seperti tidak sangka kemenangan ini kerana semua tahu bahawa Nazmizan merupakan pelari yang sangat ternama," katanya ketika ditemui selepas menamatkan lariannya di Stadium Mini Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). 

Pingat perak diraih oleh Nazmizan yang mewakili Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dengan rekod 12.0s dan Ramis a/l K. D. Rada meraih gangsa buat Universiti Malaya (UM) dengan rekod 12.6s. 

Bagi kategori lelaki senior emas diraih oleh Muhammad Faris Kamarzaman, UNIMAP dengan rekod 10.6s manakala perak oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Mohamad Afif Zulhusmi dengan rekod masa 10.8s dan gangsa disandang oleh UNIMAP, Harith Ammar Mohd Sobri dengan catatan masa 11.8s - UPM 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal