Buletin Penuh

UUM Benam UTM, UiTM Sengit Dengan UKM dalam acara takraw

UUM Benam UTM, UiTM Sengit Dengan UKM dalam acara takraw

Oleh: Dahlan Ismail Abu Bakar

SERDANG, 21 Sept - Universiti Utara Malaysia (UUM) membenam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam saingan peringkat kumpulan B petang ini dengan mengutip 2 mata penuh dalam acara sepak takraw.

UTM yang diawal permainan tampak garang dengan servis tajam dan mengelirukan pemain lawan, tampak keletihan pada set kedua. UUM mengambil peluang ini mengekor rapat mata permainan dengan rejaman yang kencang memastikan mata kemenangan regu senior dan veteran UUM dalam 3 set permainan.

Sementara itu,  Universiti Teknologi Mara (UiTM) meneruskan penguasaan gelanggang sepak takraw dengan menumpaskan lawannya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2-1 dalam kumpulan C.

Permainan yang sengit antara pasukan sering berbalas hantaran membawa kepada set penentu yang memberi kemenangan kepada UiTM. 

Esok berlangsung perlawanan penentuan johan dan naib johan kumpulan di Dewan Serbaguna, Stadium UPM.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal