Buletin Penuh

UUM, UKM, UniMAP DAN UiTM MARA SEPARUH AKHIR ACARA BADMINTON WANITA SUKUM KE-44

UUM, UKM, UniMAP DAN UiTM MARA SEPARUH AKHIR ACARA BADMINTON WANITA SUKUM KE-44

Oleh Tan Sher Kee

BANGI, 21 Sept – Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya mendapat tiket ke separuh akhir yang akan diadakan pada hari esok, iaitu 22 September pada jam 9 pagi di UpTown Sports, Bangi.

Sementara itu, perlawanan akhir bagi acara badminton wanita juga akan dijalankan pada hari esok pukul 2:30 petang selepas perlawanan separuh akhir.

Perlawanan hari ini telah bermula dengan pasukan UUM menewaskan pasukan UPM dan memenangi perlawanan pertama iaitu perseorangan perempuan dengan straight set 21-3 dan 21-3 dalam tempoh 20 minit. Seterusnya, UPM juga tidak ketinggalan dan berjaya memenangi perlawanan kedua, mata kedua-dua pasukan terikat. Akhirnya, UUM mengalahkan UPM dengan mata 2-1, menjadi pasukan pertama mara ke separuh akhir. 

Selain itu, pasukan UKM, UniMAP dan UiTM telah menang dengan mata 2-0 masing-masing. Tambahan pula, pasukan UniMAP menewaskan pasukan KPT dengan hanya selama 35 minit dalam dua perlawanan. Pasukan UniMAP merupakan pasukan yang terpantas menamatkan perlawanan suku akhir perempuan. 

Bagi pasukan UiTM serta pihak lawannya UMT, kedua-dua pasukan mempunyai kehebatan yang sama rata dan telah menggunakan masa selama sejam setengah untuk menamatkan dua perlawanan tersebut. Dalam dua perlawanan ini, UiTM telah menewaskan UMT dalam perlawanan pertama dengan keputusan 16-21, 24-22, 21-17 manakala dalam perlawanan kedua dengan keputusan 21-17, 24-22.

Jadual perlawanan bagi separuh akhir perempuan pada hari esok telah ditentukan. Pasukan UUM akan melawan pasukan UniMAP manakala pasukan UKM akan melawan pasukan UiTM.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal