Buletin Penuh

Naib Canselor Serah Bendera UPM buat Kontinjen SUKUM

Naib Canselor Serah Bendera UPM buat Kontinjen SUKUM

14 September - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyerahkan bendera UPM sempena Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 yang akan bermula 17 hingga 24 September ini. 

Penyerahan bendera tersebut telah diberikan oleh YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan kepada Pendaftar UPM, Muhazam Mansor selaku ketua kontinjen UPM bagi kejohanan ini. 

YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan berkata misi UPM pada kejohanan ini adalah untuk menjadi lima pasukan terbaik dalam kalangan 21 pasukan universiti yang bertanding

\"Semoga kita dapat membaiki kedudukan yang dikecapai pada edisi ke-43 yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada tahun 2018 dengan pencapaian empat emas, tujuh perak dan 16 gangsa iaitu di kedudukan 12 secara keseluruhan. 

\"Pada tahun ini, kontingen UPM mensasarkan untuk mengutip 25 pingat emas. Harapan saya kepada atlet staf UPM, agar  jadikan sasaran tersebut sebagai  motivasi untuk kita menyumbang sesuatu kepada UPM, sebuah menara ilmu yang kita cintai,\" katanya. 

Menariknya, seramai tujuh orang staf dari UPM Kampus Bintulu turut menyertai kejohanan ini dan baru sahaja tiba di sini hari ini. 
Pada kejohanan ini, UPM diwakili oleh 335 orang atlet staf dan 53 pegawai. -UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal