Buletin Penuh

Dr. Ester Salimun tepati ramalan emas lompat jauh

Dr. Ester Salimun tepati ramalan emas lompat jauh

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

KAJANG, 21 Sept - Jaguh lompat jauh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ester Salimun menepati sasaran pingat emasnya apabila meraih kejuaraan dalam acara lompat jauh wanita veteran Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44.

Tampil sebagai juara bertahan, Dr Ester melakukan lompatan sejauh 4.12 meter (m) yang berlangsung di Stadium Mini Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini hari ini. 

Pingat perak acara itu dimenangi atlet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Herdahiyu Abu Hashim dengan catatan 3.87m manakala atlet Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Nor Rinda Ramli meraih gangsa dengan 3.76m. - UPM 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal