Buletin Penuh

UUM dan UM Menanti di Separuh Akhir Sepak Takraw

UUM dan UM Menanti di Separuh Akhir Sepak Takraw

Oleh: Dahlan Ismail Abu Bakar

SERDANG, 23 Sept - Pasukan UKM dan UUM akan berentap di pentas separuh acara sepak takraw di temasya Sukan Staf Universiti-universiti Malaysia (SUKUM) edisi ke 44 kali ini.

UKM yang mudah menundukkan USIM di saingan suku akhir 2-0 mengesahkan tempat di saingan separuh. Menanti UKM di separuh akhir ialah pasukan UUM yang layak secara undian.

Sementara itu, UPM terpaksa berhempas pulas mencari mata ketika menentang UiTM. Penentuan secara undian dalam pusingan kedua suku akhir meletakkan UPM bertemu UiTM dan UM menanti di separuh akhir.

Pasukan UITM menentang UM saingan separuh akhir petang ini di Stadium UPM.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal