Buletin Penuh

Lapan wakil UA mara ke pusingan suku akhir petanque perseorangan wanita senior

Lapan wakil UA mara ke pusingan suku akhir petanque perseorangan wanita senior

Oleh: Tham Jia Yi

SERDANG, 23 September – Lapan wakil dari Universiti Awam (UA) akan mara ke pusingan suku akhir bagi kategori perseorangan wanita senior yang berlangsung di gelanggang petanque UPM pada hari ini.

Bagi kumpulan A, Junaidah Bt. Abdullah dari Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai johan dengan pungutan 6 mata kemenangan ke atas Zulfa Wahida Binti Ahmadumk dari Universiti Teknikal Melaka (UTeM) (13-12) dan Nurshafikah Binti Shaari dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) (13-7). Nurshafikah akan mara ke suku akhir sebagai naib johan kumpulan.

Nur Shazleen Ilyana Binti Sharifuddin wakil daripada tuan rumah Universiti Putra Malaysia (UPM) johan kumpulan B yang mendapat 6 mata kemenagan dan Raihan Fathin Binti Mahmood naib johan yang akan mara ke suku akhir.

Untuk kumpulan C, Aziah Binti Thalaha dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Noor Azlinda Zainal Abidin dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai johan dan naib johan untuk mara ke suku akhir.

Wakil dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Nurmaisarah Binti Hussin menjadi johan dan Erin Arissa Zhafyra Izzaty Binti Abdul Razak dari Universiti Malaya (UM) yang menjadi naib johan dalam kumpulan D akan mara ke suku akhir.

Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan diadakan bermula jam 2.30 petang di gelanggang UPM. 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal