Buletin Penuh

IMPIAN REMUK, UPM GAGAL MARA KE PUSINGAN AKHIR

IMPIAN REMUK, UPM GAGAL MARA KE PUSINGAN AKHIR

Oleh: Faruq Irsyad bin Razali

SERDANG, 22 SEPTEMBER – Skuad bola sepak veteran tuan rumah Universiti Putra Malaysia (UPM), terpaksa pulang dengan kehampaan apabila kalah 1-0 dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di padang B. Gol pada saat terakhir yang dijaringkan oleh UTM pada separuh masa kedua sekaligus melenyapkan impian UPM untuk mara ke pusingan separuh akhir.

“Team UPM sememangnya lawan yang cukup hebat. Sepatutnya kita tidak bertemu di suku akhir, tetapi di peringkat separuh akhir atau final. Apa yang membezakan antara dua pasukan ini pada hari ini adalah sentuhan penyudah pada saat genting”. Kata Masnawi Miskam pengurus pasukan UTM.

Perlawanan di Padang A, Universiti Putra Malaysia  (UPM) pagi ini juga menyaksikan Universiti Sains Malaysia (USM) memenangi permainan 1-0 apabila berjaya mengalahkan  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam saingan peringkat suku akhir acara bola sepak veteran pada Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM), 2022.

Pemain yang menyarung jersi 17, Mohd Rizal daripada UniMAP menjaringkan gol pada minit ke-15 dan terus mempertahankan mata sehingga ke akhir perlawanan.

Pasukan bola sepak veteran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) juga tidak pulang dengan tangan kosong pada hari ini apabila berjaya mara ke pusingan separuh akhir. Perlawanan di Padang C, UPM menyaksikan UniSZA membelasah UTeM 3-0.

Perlawanan dimulakan dengan cemerlang apabila UniSZA menjaringkan gol pertama pada minit ke-8 sebelum diakhiri dengan gol ketiga oleh pemain jersi 7, Nuruddahri Alias sebelum wisel penamat dibunyikan pada separuh masa kedua.

Kapten pasukan Unisza, Mohd Shahrudin Samsudin (42) berkata, “Alhamdulilah, kita berjaya memenangi perlawanan pada hari ini dan kita akan cuba untuk mara ke final dan memenangi pingat emas bagi bola sepak veteran untuk UniSZA”.

Sementara itu, perlawanan di Padang E turut menyaksikan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) turut berjaya mara ke pusingan akhir setelah menwaskan Universiti Malaya (UM) 1-0. - UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal