Buletin Penuh

Emas pertama dari pasukan Petanque UPM

Emas pertama dari pasukan Petanque UPM

Oleh: Tham Jia Yi 

SERDANG, 18 September – Pasukan petanque Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya memenangi pingat emas apabila menewaskan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan keputusan 13-3 di pusingan akhir kategori Trio Wanita hari ini di sini.

Di awal permainan, pasukan UPM yang ketinggalan 3 mata bangkit menentang UTEM melalui Maizatul Akmam binti Abas yang menyumbang 2 mata pertama dengan balingannya yang tepat sekali gus membenarkan bola pasukannya berada berdekatan dengan ‘jack’ dan juga menolak bola pihak lawannya. 

Pemain pasukan UPM, Suriana HJ Zakaria dan Maizatul Akmam mempamerkan aksi yang luar biasa apabila berjaya menyumbang 5 mata berturut-turut mengesahkan pingat emas milik UPM.

‘‘Semangat berpasukan yang menjadikan kami mampu mengejar mata lalu mendahului pihak lawan kerana sebelum ini pasukan kami telah menerima latihan yang secukupnya dan inilah masanya untuk membuktikan keupayaan kami. Dari segi psikologi juga penting terutamanya apabila mata pihak lawan mendahului kita.”

‘‘Sokongan daripada semua orang amat penting bagi kami mengutip semula semangat untuk memenangi perlawanan ini. Kami amat berterima kasih kepada penonton yang datang dan memberikan sokongan yang padu kepada kami” kata Maizatul ditemui selepas tamat perlawanan. 

Terdahulu, UPM menewaskan UTM 13-4 diperingkat suku akhir dan menewaskan UiTM 13-7 di peringkat separuh akhir. Keputusan akhir Petanque Trio Wanita, UTEM pingat Perak, UiTM dan UPSI memperoleh pingat gangsa. - UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal