Buletin Penuh

UniMAP sudah mula beraksi

UniMAP sudah mula beraksi

Oleh Syaida Farhanah

PUTRAJAYA, 20 Sept - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Mohd Aiman Faris Mahidi dan Ruzy Shah Ghazali sekali lagi berjaya mengharumkan nama UniMAP dengan meraih pingat emas bagi acara berpasangan lelaki tenpin boling dipertandingkan bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.

Secara keseluruhan skor, Mohd Aiman Faris Mahidi mencatat 1290 jumlah skor dan Ruzy Shah Ghazali pula mencatat 1185 jumlah skor. Dengan hasil yang ditunjukkan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mengalahkan tuan rumah Universiti Putra Malaysia (UPM) SUKUM pada kali ini.

Dalam pada itu, tumpuan lebih beralih kepada pasukan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Razif Sazali dan Mohamad Firdaus Ahmad dan pasukan dari Universiti Sains Malaysia (USM) Afnan Munir Abdul Manan dan Mohd Shafiq Mohd Sukari apabila kedua pasukan berentap untuk mengurangkan jurang antara kedua-dua jumlah skor. Namun kedua dua pasukan berjaya membawa pingat perak dan gangsa.

Kesemua pasukan mewakili universiti masing masing masih memiliki semangat yang berkobar-kobar dalam acara trio tenpin boling pada hari esok.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal