Buletin Penuh

PASUKAN TUAN RUMAH BENAM USIM ACARA BOLA SEPAK VETERAN

PASUKAN TUAN RUMAH BENAM USIM ACARA BOLA SEPAK VETERAN

Oleh: Faruq Irsyad bin Razali

SERDANG, 19 SEPTEMBER – Universiti Putra Malaysia (UPM) memulakan permainan dengan cemerlang pada pagi ini dengan membelasah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 7-2 dalam saingan peringkat kumpulan acara bola sepak veteran pada Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022.

UPM ternyata tidak menunggu lama apabila terus menghasilkan gol pertama pada minit ke-3 oleh pemain jersi 10, Zamri Kamal Baharin ketika perlawanan di Padang A, UPM.

Gol kedua berjaya dihasilkan pada minit ke-8 oleh Abdul Haris Wahab dan perlawanan turut diakhiri oleh beliau yang menyumbat gol ketujuh sebelum wisel penamat.

Shalizam Mohammad tonggak harapan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) mengukuhkan kedudukan pasukannya untuk mara ke pusingan seterusnya dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Di padang yang sama, UiTM menerusi penjaring jersi nombor 8, Amir Sharifuddin Mohd turut memberikan persembahan terbaik apabila berjaya menjaringkan 1 gol untuk pasukan.

Perlawanan di Padang C pula menyaksikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menentang Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Permainan yang cukup baik ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan dengan UIA memperoleh 4 jaringan gol berbalas 1 jaringan oleh UMK.

Jaringan gol pertama dibolosi oleh tendangan pemain jersi 11, UIA, Asyraf Asbollah pada minit ke-30 dan dikukuhkan lagi jaringan akhir oleh pemain jersi 16, UIA, Saiful Ridza Radzali sebelum permainan berakhir. - UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal