Buletin Penuh

Pembukaan gelanggang Bola Tampar Wanita SUKUM 2022 menyaksikan UPM menentang ‘ibu’

Pembukaan gelanggang Bola Tampar Wanita SUKUM 2022 menyaksikan UPM menentang ‘ibu’

Oleh Assharaff Khan

KAJANG, 18 Sept- Hari pertama pembukaan gelanggang bola tampar kategori wanita menyaksikan skuad Bola Tampar Universiti Putra Malaysia  (UPM) menentang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di gelanggang B bagi temasya  Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 yang bermula pada jam 10 pagi ini di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.


Pengurus pasukan bola tampar wanita UPM, Khadzamah Khalid berkata mereka akan memberikan saingan yang hebat kepada pasukan-pasukan yang bertanding. Pasukan UPM menyasarkan pingat perak pada temasya SUKUM kali ini.
Pasukan bola tampar wanita UPM sebelum ini memperoleh pingat gangsa pada temasya SUKUM sebelum ini. Bagi tahun ini mereka akan sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan tempat di pentas final bola tampar wanita SUKUM 2022.


“Untuk pasukan kami kesemuanya boleh bermain dan dari segi komposisi veteran dan senior itu ada. Oleh itu, kami berharap akan memberikan saingan yang hebat kepada pasukan lain.


“Kami bersama dengan pasukan bola tampar lelaki UPM ada kerjasama semasa latihan, saling berkongsi tempat dan berkomunikasi antara satu sama lain bagi membuat persediaan menghadapi temasya kali ini. Dengan semangat berjuang tanpa mengalah kami hadir di gelangang ini.”  Katanya ketika di temui sebelum perlawanan pagi bermula di Kompleks Semarak INSPEN Bangi, di sini.


Perlawanan bola tampar pagi ini menyaksikan 8 kumpulan bola tampar wanita akan berentap bermula jam 10 pagi. Manakala pada jam 2 petang gelanggang ini akan di dominasi oleh 12 pasukan bola tampar lelaki pada hari pertama sukan bola tampar SUKUM 2022 di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.


Setakat perlawanan pagi tadi, pasukan bola tampar wanita UPM berjaya menewaskan KPT dengan pungutan mata 25-17 dan 28-26. Manakala di gelanggang A, pasukan bola tampar wanita UniMAP berjaya memenangi perlawanan itu menerusi tiga set perlawanan iaitu 25-17, 26-24, dan 15-8.


Perlawanan bola tampar wanita berikutnya menyaksikan UKM tewas terhadap UM 14-25,16-25 dan kemenangan pasukan bola tampar wanita UMS menentang UITM dengan pungutan mata 25-6, 25-15.-UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal