Buletin Penuh

UMS MENYERLAH DI PERINGKAT KUMPULAN PINGPONG

UMS MENYERLAH DI PERINGKAT KUMPULAN PINGPONG

Oleh : Nur Hidayah Binti Abdul Jamil

SERDANG, 22 SEPTEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyerlah apabila berjaya menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 3-0 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 3-0 pada kategori beregu lelaki dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 3-0 dan Universiti Malaysia (UM) 3-0 pada kategori perseorangan lelaki dalam acara pingpong di Dewan Putra Dua, Kolej Serumpun , UPM. 

Pengurus pasukan pingpong UMS , Muhammad Asri Bin Jonsu (35) berkata pasukan mereka telah mempunyai persiapan yang rapi dengan berlatih setiap hari pada waktu petang di kampus dah sering menganjurkan pertandingan. 

“Cabaran yang dihadapi oleh kami sepanjang persediaan ini adalah kami mempunyai kekangan masa kerana hanya boleh training pada waktu petang saje. “

“Kami juga hanya menghantar dua kategori sahaja dalam acara pingpong iaitu kategori perseorangan lelaki dan kategori beregu lelaki.” katanya apabila menemu ramah di dewan.

UMS cuba untuk menyasarkan untuk melepasi pusingan kalah mati pada temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) yang ke - 44. 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal