Buletin Penuh

USM DAN UM MENDOMINASI DALAM PENTAS FINAL

USM DAN UM MENDOMINASI DALAM PENTAS FINAL

Oleh : Nur Hidayah Binti Abdul Jamil

SERDANG, 23 SEPTEMBER – Universiti Malaya (UM) telah menjuarai acara pingpong bagi kategori beregu wanita dengan menumpaskan tuan rumah, UPM dengan mata 3-0.

Mohamad Syuzaini Mohamad Shukri (47) selaku pengurus sukan Universiti Malaya (UM) menzahirkan rasa kegembiraan dan bangga kerana berjaya menepati sasaran untuk mendapat pingat emas dalam acara beregu wanita pingpong .

“Saya sungguh berbangga kerana kali terakhir UM merangkul pingat emas dalam sukan pingpong adalah pada SUKUM tahun 2009 dan diharapkan kami berjaya mempertahankan pingat emas pada edisi seterusnya.”

“Pada awalnya kami tidak menjangkakan pingat kerana ketiadaan SUKUM selama 4 tahun ini maka tiada jangkaan terhadap mana-mana universiti akan tetapi apabila perlawanan sudah berlangsung kita dapat target dan sasaran sekurang-kurangnya 1 pingat untuk UM” katanya semasa menemu ramah setelah berjaya menjuarai pingpong dalam acara beregu wanita.

Turut memenangi kejuaraan bagi kategori perseorangan lelaki dan beregu lelaki, pengurus sukan pingpong Universiti Sains Malaysia (USM) , Mohd Rozaidi Bin Mohd Razali (46)  rasa berbangga dan bersyukur kerana berjaya mempertahankan pingat emas dalam pertandingan yang telah dimenangi pada edisi lalu.

“Sasaran yang USM sasarkan pada SUKUM ke-44 kalini menjadi realiti apabila telah menjuarai 3 kategori di dalam sukan pingpong iaitu kategori perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu lelaki veteran dan kami berharap momentum kejayaan kami ini akan diteruskan pada acara esok”

Sukan pingpong akan diteruskan dengan acara kategori kumpulan campuran peringkat akhir yang akan berlawan dengan tuan rumah,UPM pada jam 9 pagi esok di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal