Buletin Penuh

Pasukan Bola Tampar lelaki USIM berusaha ulangi kejuaraan semasa SUKUM 2018

Pasukan Bola Tampar lelaki USIM berusaha ulangi kejuaraan semasa SUKUM 2018

Oleh Assharaff Khan

KAJANG, 17 Sept- Skuad Bola Tampar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) lelaki menyasarkan pingat emas pada temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok sehingga 22 September ini di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.


Pengurus pasukan bola tampar USIM, Mohd Jamil Ahmad Mokhtar, berkata walaupun pelbagai cabaran dan kekangan di pejabat sebagai staf dan penjawat awam, mereka tetap menjanjikan yang terbaik buat USIM untuk membawa pulang pingat emas bagi kategori lelaki dan mengulangi kemenangan pada 2018.


“Pada SUKUM 2018 pasukan lelaki USIM telah berjaya membawa pulang pingat emas dalam temasya ini. Jadi ini merupakan cabaran terbesar kami untuk mengekalkan posisi sebagai sang juara.”


“Cabaran pada kali ini ialah kami perlu mencari sekurang-kurangnya dua orang atlet veteran dalam syarat baharu permainan dan kami kekurangan atlet veteran. Bagaimanapun, kami tetap berusaha untuk memenuhi syarat pertandingan ini,” katanya ketika ditemubual di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.”


Sementara itu, ketua pasukan bola tampar wanita USIM, Siti Mastura Mat berkata mereka sangat bersemangat untuk kejohanan pada kali ini dan berusaha untuk membawa pulang sebarang pingat.


“Pesaing terhebat kami ialah pasukan UniMAP dan UKM, kebetulan pula esok dijadualkan kami akan bertemu dengan UniMAP pada perlawanan pertama. Namun, kami akan memberi saingan  kepada pasukan universiti lawan.” katanya. - UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal