Buletin Penuh

Terengganu Ungguli Bola Tampar Lelaki SUKUM-44

Terengganu Ungguli Bola Tampar Lelaki SUKUM-44

Oleh Assharaff Khan

KAJANG, 22 Sept -  Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 menyaksikan dua universiti negeri penyu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) saling bersaing sengit di acara akhir bola tampar lelaki.

Bagaimanapun kemenangan berpihak kepada pasukan bola tampar lelaki UniSZA apabila berjaya menumpaskan pasukan bola tampar lelaki UMT dengan skor 25-7, 25-13, dan 25-19 yang penuh dengan debaran dimana ‘jiran’ sekampung berentap di set perlawanan bagi merebut satu gelaran juara.

Pasukan bola tampar lelaki UniSZA mencapai sasaran mereka untuk ke final melihatkan kepada rekod sebelumnya UniSZA telah berjaya memenangi pingat perak dalam acara yang sama semasa SUKUM 2018 yang sememangnya menjadi target pasukan pantai timur ini mengekalkan pencapaian sebelumnya.

“Alhamdulillah untuk tahun ni kami telah berjaya memecahkan pingat perak yang sering kali menjadi milik kami sebelum-sebelum ini.

“Kami telah memulakan persiapan bermula selepas Raya Haji lebih kurang dua bulan sebelum SUKUM kali ini namun tidaklah penuh latihannya kerana kami juga mempunyai komitment lain seperti kerja dan keluarga.” Kata ketua pasukan bola tampar lelaki UniSZA, Suhardi Abdullah.

Pasukan yang ditampilkan UniSZA kali ini masih mengekalkan pemain-pemain semasa SUKUM 2018 dengan penambahan ahli baru yang diyakini mampu membawa pasukan bola tampar lelaki untuk mencapai emas bagi temasya SUKUM 2022.

Pingat gangsa di sandang oleh dua pasukan bola tampar lelaki iaitu pasukan bola tampar lelaki Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pasukan bola tampar lelaki Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Bagi keputusan akhir bola tampar wanita SUKUM 2022, pasukan bola tampar wanita Universiti Malaysia Sabah (UMS) masih kekal sebagai juara bertahan SUKUM 2018 dan SUKUM 2022 apabila berjaya menewaskan pasukan bola tampar wanita Universiti Malaya (UM) 25-14, 25-21, dan 25-17 yang menjadikan matlamat UMS untuk mencapai emas SUKUM 2022 kali ini turut tercapai.

Pingat gangsa acara bola tampar wanita di sandang oleh pasukan bola tampar wanita Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pasukan bola tampar wanita Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal