Buletin Penuh

5 UNIVERSITI LAYAK KE SUKU AKHIR ACARA BADMINTON LELAKI

5 UNIVERSITI LAYAK KE SUKU AKHIR ACARA BADMINTON LELAKI

Oleh Tan Sher Kee

BANGI, 20 Sept – Terdapat lima universiti seperti UUM, UMT, UiTM, UTHM dan UM berjaya mara ke suku akhir acara badminton lelaki SUKUM selepas perlawanan peringkat kumpulan hari ini. 

Pasukan-pasukan tersebut merupakan johan dalam peringkat kumpulan masing-masing manakala terdapat lima pasukan seperti UPSI, UMK, UPM, UKM dan UniMAP telah menjadi naib johan dan akan membuat undian pada malam ini di Akademik Sukan UPM untuk susunan perlawanan seterusnya.

Dalam saingan Kumpulan A, pasukan Universiti Utara Malaysia (UUM) menewaskan pasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada peringkat kumpulan hari ketiga dan ahkirnya menang dengan mata 4-1. Sebelum ini, pasukan UUM telah menewaskan UniSZA dan mengutip mata penuh 5-0 dalam perlawanan tersebut.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan pasukan lelaki yang pertama melangkah ke suku akhir selepas menewaskan UPNM 4-1 dalam perlawanan hari pertama dan UMK 4-1 dalam perlawanan semalam dalam saingan Kumpulan B.

Sebelum bermula perlawanan hari ketiga, kedua-dua pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah masing-masing memenangi satu perlawanan dalam perlawanan sebelum itu. Kedua-dua pasukan telah bertanding dengan sengit sehingga mencapai mata 2-2 dalam pertengahan perlawanan. Akhirnya UiTM telah menewaskan UPM dengan mata 3-2 dan berjaya mendapat tiket ke suku akhir.

Sementara itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Unversiti Malaya (UM) telah memenangi perlawanan peringkat kumpulan secara berturut-turut dalam tiga hari ini. UTHM menewaskan UKM dalam perlawanan hari ini dengan mata 4-1 dalam saingan Kumpulan D manakala UM menewaskan UMS dengan mata 4-1 dalam saingan Kumpulan E.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal