Buletin Penuh

UUM PEROLEH PINGAT EMAS ACARA BADMINTON PEREMPUAN SUKUM KE-44

UUM PEROLEH PINGAT EMAS ACARA BADMINTON PEREMPUAN SUKUM KE-44

Oleh Tan Sher Kee 

BANGI, 22 Sept – Pasukan badminton Universiti Utara Malaysia (UUM) meraih pingat emas apabila menewaskan Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2-0 pada aksi akhir Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di UpTown Sports Bangi, pada petang hari ini. 

Wakil perseorangan perempuan UUM, Nur Aiffa Binti Tajeri memenangi perlawanan pertama dengan straight set 21-5, 21-7.

Seterusnya, Wakil perempuan beregu UUM, Aiza Irmalinda Ariffin dan Nor Hamizah Hashim telah memenangi perlawanan kedua dengan 21-19, 21-13 dalam tempoh 25 minit. 

Pengurus dan jurulatih pasukan badminton UUM, Encik Nor Azli Abdul Aziz berkata mereka tidak berjangka pasukan akan mendapat pingat emas. Namun begitu, mereka telah bersiap sedia dengan sepenuhnya untuk merangkul pingat sebelum perlawanan.

“Kami tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan disebabkan masalah masa dan PKP, tetapi persediaan pasukan kali ini adalah lebih baik daripada asalnya, walaupun dalam masa yang singkat.” 

Tambahan pula, pasukan UiTM telah mendapat pingat perak manakala pasukan UKM dan pasukan UniMAP hanya berpuas hati dengan pingat gangsa.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal