Buletin Penuh

UUM masih kebal dengan UiTM dalam futsal

UUM masih kebal dengan UiTM dalam futsal

Oleh: Siti Khadijah Mohd Hanafi

BANGI, 21 Sept - Persaingan sengit antara pasukan futsal lelaki kumpulan C Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) meninggalkan kesan yang mendalam apabila UUM meninggalkan UiTM dengan jaringan 5-1.

Perlawanan yang berlangsung di Sports Arena, UNITEN semestinya memberikan tekanan yang tinggi apabila UUM terus memberi kepada pasukan lawan kepada UiTM seterusnya mengakhiri perlawanan dengan kemenangan berpihak kepada UUM. 

Tambahan pula, Mohamad Anas Jaafar terus memberi persembahan yang cemerlang sepanjang perlawanan dan berjaya membolosi jaringan pada minit ke 25. 

Universiti Sains Malaysia (USM) masih utuh mempertahankan kemenangan mereka dengan jaringan 3-1 semasa menentang pasukan tuan rumah Universiti Putra Malaysia bagi kategori kumpulan C. 

Meskipun perlawanan berjalan agak perlahan pada awal separuh masa tetapi USM kembali bangkit dengan jaringan yang mantap dari Mohamad Asyraf Rojani pada minit ke 37. 

Bagi kumpulan B, keputusan adalah seri antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaya (UM). 

Futsal wanita bermula dengan kemenangan yang sangat memuaskan hati apabila pasukan dari kumpulan A Universiti Malaysia Sabah (UMS)  menyumbang gol 5-0 semasa melawan Universiti Malaya (UM) petang ini. 

Ayam tambatan UMS Hanystevtessia Stephen menyerang dengan ganas pasukan lawan dan tidak memberi peluang kepada pihak lawan untuk menyumbang jaringan gol  sehingga ke akhir perlawanan. 

Persaingan antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) masing-masing dari kumpulan B berakhir dengan mata seri antara dua pasukan dengan 2-2 sekaligus menutup tirai acara futsal pada hari kedua ini.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal