Buletin Penuh

USM menewaskan UPM dalam acara petanque perseorangan wanita veteran pusingan akhir

USM menewaskan UPM dalam acara petanque perseorangan wanita veteran pusingan akhir

Oleh: Tham Jia Yi 

SERDANG, 21 September – Sumariamah BT. Mohd Radzi wakil dari Universiti Sains Malaysia (USM) menewaskan pesaing tuan rumah, Maizatul Akmam Binti Abas @ Abdul Hamid wakil dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan pungutan mata 13-12 yang memihak kepada USM.

‘‘Apabila pihak lawan mendahului mata, kita tidak boleh gelabah dan mesti bertenang untuk mengejar balik mata yang ditinggalkan.’’ kata Sumariamah apabila ditemubual selepas perlawanan.

Beliau juga berkongsi faktor kemenangan dalam perlawanan adalah dari segi cara mendapatkan mata serta mengekalkan jurang mata dengan lawan amat penting. 

Terdahulu, beliau juga pernah memenangi pingat emas dalam kategori trio wanita dan beregu wanita pada SUKUM yang lalu yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Pingat emas untuk perseorangan wanita veteran merupakan pencapaian yang baharu untuk diri beliau. 

Untuk kategori perseorangan wanita veteran petanque, tempat ketiga disandang oleh Noorfadilah Mohd Mujiano wakil dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Noor Hasmy Binti Md Yunos wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).   

Kategori bagi perseorangan lelaki senior dan beregu lelaki akan diadakan esok bermula jam 8 pagi di gelanggang petanque UPM. 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal