Buletin Penuh

Taklimat Ketua Kontinjen SUKUM-44, beri penekanan larangan merokok sepanjang kejohanan

Taklimat Ketua Kontinjen SUKUM-44, beri penekanan larangan merokok sepanjang kejohanan

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

SERDANG, 16 Sept – Timbalan Pengarah (Pengembangan Atlet dan Staf), Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Malik Ahmad Tobias memberi penekanan larangan untuk merokok mahupun menggunakan rokok elektronik (vape) di kawasan kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 bermula 17 hingga 24 September ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi 2 Jawatankuasa induk SUKUM berkata larangan tersebut perlu dipatuhi sepanjang kejohanan ini selain terdapat pemantauan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika kejohanan. 

“Di setiap lokasi kejohanan juga kita telah maklumkan kepada pemilik kawasan larangan yang sama. Jadi saya amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mematuhi perkara ini agar kita tidak akan disaman dan menjaga nama baik setiap universiti.

“Sekiranya anda didapati bersalah melanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga dua tahun,” katanya ketika menyampaikan Taklimat Pengurus Pasukan SUKUM 2022 disini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga melarang aktiviti minuman keras, berjudi mahupun pergaduhan berikutan perasaan tidak berpuas hati dengan permainan ketika kejohanan berlangsung.

“Perkara ini perlu dihindari dan permainan atau perlawanan perlu berlangsung di dalam padang sahaja dan tidak dibawa keluar perasaan bagi menjaga reputasi masing-masing,” katanya. – UPM 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal