Buletin Penuh

HAPUS KEMARAU 10 TAHUN, SKUAD TUAN RUMAH MARA KE SUKU AKHIR

HAPUS KEMARAU 10 TAHUN, SKUAD TUAN RUMAH MARA KE SUKU AKHIR

Oleh: Faruq Irsyad bin Razali

SERDANG, 20 SEPTEMBER – Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir apabila mengalahkan Universiti Malaysia Terengganu 1-0 dalam saingan peringkat kumpulan acara bola sepak veteran pada Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM), 2022 pagi ini.

Skuad tuan rumah di bawah bimbingan Ismail Ibrahim, (56) berjaya menjaringkan 1 gol pada minit ke-40 separuh masa kedua perlawanan.

“Perlawanan pada pagi ini tidak dinafikan memang cukup sengit di mana pasukan memberikan saingan yang cukup hebat. Fokus kita pada kali ini adalah untuk mara lagi memandangkan ini adalah kali pertama UPM mara ke suku akhir dalam tempoh 10 tahun.” Katanya apabila ditemui di Padang A, UPM pada pagi ini.

Perlawanan di Padang B pula menyaksikan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) menentang Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berakhir seri 1-1.

Pemain jersi nombor 12 daripada UNISZA, Mohd Shahrul Ezrain berjaya menyerikan kedudukan apabila menjaringkan gol pada masa tambahan sebelum wisel penamat ditiup.

“Meskipun pihak UTM terlebih dahulu menjaringkan gol tetapi kita berjaya mencapai kedudukan seri. Untuk match yang seterusnya kita tidak akan mengubah taktik ke apa, tetapi dengan kerjasama yang baik pastinya kita boleh memberikan prestasi yang lebih baik.” kata Syaizul Haziq Haizulisham, jurulatih pasukan UNISZA.

Perlawanan di antara Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menentang Universiti Teknikal Melaka (UTeM) di Padang C pula menyaksikan permainan yang cukup hebat dengan UIA mendahului 2-0.

Gol pertama telah dijaringkan pada minit ke 12 oleh pemain  jersi 11, Asyraf Asbollah diikuti gol kedua oleh Saiful Riza, pemain jersi 16 sebelum permainan berakhir. - UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal