Buletin Penuh

UMT Menyerang UM, Layak ke Suku Akhir Bola Tampar Lelaki

UMT Menyerang UM, Layak ke Suku Akhir Bola Tampar Lelaki

Oleh Assharaff Khan

KAJANG, 20 Sept - Pasukan bola tampar lelaki Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menewaskan Universiti Malaya (UM) sekali gus melayakkan universiti marin itu ke separuh akhir acara bola tampar lelaki Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.

Perlawanan hari ini adalah perlawanan penentuan untuk mengiringi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selaku johan kumpulan B ke peringkat suku akhir.

Dengan kemenangan UMT menewaskan UM yang bangkit di set kedua perlawanan menewaskan UM dengan kutipan mata 23-25, 25-5, dan 15-11 yang melayakkan UMT mara ke peringkat suku akhir.

Menurut Jurulatih pasukan bola tampar lelaki UMT, Amalul Asyraf Rosli sasaran pingat bagi pasukan bola tampar lelaki UMT adalah gangsa. Namun begitu, mereka akan tetap buat yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik, bagi mereka emas dan perak adalah bonus.

“Kami menyasarkan sekurang-kuranya pingat gangsa kerana kami datang di sini dengan serba kekurangan yang mana ada beberapa pemain tidak dapat hadir di atas sebab lain-lain komitmen.

“Kami mengekalkan ahli pasukan yang sama sejak SUKUM 2018 lagi kerana mereka inilah merupakan ‘regular player’ yang sentiasa bersama UMT dalam sebarang pertandingan bola tampar.” katanya ketika ditemui di Kompleks Semarak INSPEN Bangi.

UMT juga telah menganjurkan satu kejohanan bola tampar veteran peringkat UMT sebagai salah satu persediaan awal kepada pemain selama dua hari untuk membakar semangat pemain bagi memberi saingan yang mantap di SUKUM 2022.

Pada hari yang sama, pasukan bola tampar lelaki Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menjadi johan kumpulan A setelah menewaskan pasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan mata 25-21 dan 25-17 yang menjadikan USIM sebagai naib juara kumpulan sekali gus tetap membawa kedua-dua pasukan ini ke peringkat suku akhir pertandingan.

Perlawanan berikutnya menyaksikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menewaskan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 25-22 dan 25-14 di gelanggang B manakala di gelanggang A pasukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menundukkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan mata 25-23 dan 28-26.

Di gelanggang A, perlawanan peringkat kumpulan mempertemukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang tewas terhadap Universiti Teknologi MARA (UiTM) 25-14 dan 25-21 manakala di gelanggang B mempertemukan tuan rumah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berjaya menumpaskan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan skor 25-7 dan 25-14 di Kompleks Semarak INSPEN Bangi bagi temasya SUKUM 2022.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal