Buletin Penuh

LAPAN UA MARA KE SUKU AKHIR ACARA BEREGU WANITA PETANQUE

LAPAN UA MARA KE SUKU AKHIR ACARA BEREGU WANITA PETANQUE

Oleh: Tham Jia Yi

SERDANG, 19 September – Lapan Universiti Awam (UA) berjaya mara ke peringkat suku akhir bagi acara Beregu Wanita  Petanque yang akan berlangsung petang ini.

Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mara ke peringkat suku akhir apabila menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan pungutan mata sebanyak 12-8.

Sebelum ini, USM turut menjuarai keseluruhan acara petanque pada SUKUM edisi ke- 43 dengan membawa pulang tiga pingat emas, satu perak dan dua gangsa yang diadakan di Universiti Pahang Malaysia.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengetuai kumpulan A setelah menewaskan pasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan pungutan mata sebanyak 13-3 dan menjadikan pasukan ini mara ke suku akhir.

Sementara itu, bagi Kumpulan B, Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih Naib Johan apabila tewas dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan pungutan mata sebanyak 9-1.

Bagi Kumpulan C, UTeM dan UM akan mara ke suku akhir. - UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal