Buletin Penuh

UKM raih kemenangan berganda acara balapan

UKM raih kemenangan berganda acara balapan

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

KAJANG, 21 Sept – Pelari wanita veteran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Rosmawati Abu Hassan terus cemerlang pada Kejohanan Sukan Staf Universiti (SUKUM) 2022 apabila membolot dua emas dalam acara 800 meter (m) dan 400m di sini, hari ini.

Beliau yang pertama kali menyertai kedua-dua acara ini berjaya menamatkan lariannya dengan rekod catatan masa 77.8s  bagi acara 400m manakala 800m catatan rekod lariannya 3 minit 11.2 saat.
Katanya beliau sangat gembira dan berpuas hati dengan kemenangan tersebut setelah giat berlatih demi emas buat UKM kebanggaannya.

“Saya berasa sangat bersyukur akhirnya misi emas saya telah tercapai dan usaha saya selama beberapa bulan ini membuahkan hasil yang sangat lumayan,” katanya ketika ditemui selepas menamatkan larian di Stadium Mini Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di sini.

Beliau menewaskan Ng Wei Lin dari Universiti Malaya (UM) yang berada ditempat kedua  dan Sabarina Setapha, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditempat ketiga dalam acara 400m wanita veteran.

Dalam pada itu, beliau turut memperoleh emas dalam acara 4x100m wanita veteran. – UPM

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal