Buletin Penuh

Pasukan bola jaring UiTM mara ke suku akhir

Pasukan bola jaring UiTM mara ke suku akhir

Oleh: Siti Khadijah Mohd Hanafi

BANGI, 18 Sept – Skuad bola jaring Universiti Teknologi MARA mengesahkan tiket ke suku akhir selepas merekodkan kemenangan kedua dengan mengatasi Universiti Utara Malaysia di UNITEN hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Sports Arena, UNITEN itu, pasukan UiTM menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan ke atas UUM dengan keputusan 46-19.

Pemain pasukan UiTM, Adde Shah Naddra berkata rahsia kemenangan mereka adalah pasukan mereka sentiasa memberi fokus yang jitu serta memperbaharui corak permainan mereka. Mereka juga mahu meraih kemenangan semasa berhadapan dengan pasukan bola jaring lain pada perlawanan seterusnya.

Sepanjang perlawanan, UiTM terus memberikan persembahan yang konsisten dan cemerlang dengan jaringan berturut-turut. Penjaring utama mereka, Siti Maznah Sulaiman juga turut menyumbang jaringan yang terakhir sebelum perlawanan tamat. 

Ini merupakan kemenangan kali kedua bagi skuad bola jaring UiTM dan semestinya menjadikan mereka antara pasukan yang memberikan saingan hebat sepanjang perlawanan. Ditambah pula, skuad bola jaring ini juga terdiri daripada bekas pemain kebangsaan dan tidak menjadi suatu kesukaran untuk pasukan mereka menjadi juara bola jaring SUKUM pada sesi yang lepas.

Semua empat pasukan juara kumpulan di pusingan awal akan bersaing antara satu sama lain bagi penentuan ranking untuk perlawanan suku akhir. 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal