Buletin Penuh

SUKUM 2022 julung kali perkenalkan acara berbasikal MTB dan RB berasingan

SUKUM 2022 julung kali perkenalkan acara berbasikal MTB dan RB berasingan

SERDANG, 17 September – Buat julung kalinya, SUKUM 2022 memperkenalkan acara berbasikal Mountain Bike (MTB) dan Road Bike (RB) yang dipertandingkan secara berasingan.

Pengerusi Sukan Basikal SUKUM 2022, Bukryman Sabri berkata acara berbasikal ini menggunakan format Criterium yang pertama kali diperkenalkan dalam acara berbasikal SUKUM 2022.

“Ini merupakan perintis kepada Universiti Awam (UA) lain untuk merancang dan melaksanakan acara yang serupa pada SUKUM di masa akan datang,” katanya. 

Selain itu, peserta Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Madya Dr. Mohd Fakhurrazi Ishak merangkul pingat emas bagi acara Berbasikal MTB VIP Individu (Lelaki) pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di sini.

Dr. Fakhrulrazi yang juga Pensyarah Teknologi Kejuruteraan Awam di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Felo Penyelidik Utama Pusat Alam berkata beliau berbesar hati mewakili universiti yang julung kali diadakan acara berbasikal MTB.

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan sebagai seorang pensyarah dan penyelidik di universiti masa agak terhad untuk adakan komitmen dalam sukan tapi kita perlu tahu aktiviti bersukan adalah sebahagian gaya hidup sihat,” katanya. 

Bagi kategori berbasikal (Heavyweight) di juarai oleh peserta Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd Saiful Azizi Musa berkata beliau bersyukur menjuarai buat kali ketiga dalam acara tersebut sebelum ini.

“Saya telah menjalani latihan selama tiga bulan sebelum ini dan sasaran saya seterusnya adalah untuk mengekalkan emas untuk kategori ini dan juga terlibat dalam kejohanan seperti ini oleh penganjur luar,” katanya. 

Bagi acara Berbasikal MTB Individu (Lelaki) Senior dijuarai peserta Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Muhd Adhwa Amzar Sagnal pada SUKUM 2022.

Pengurus pasukan berbasikal UMT, Muhammad Syahrunizan Abdul Rashid berkata,beliau berbangga dengan pencapaian  Muhd Adhwa serta potensi beliau dilihat melalui penyertaannya semasa di SUKUM 2018.

Tambah beliau, untuk kejohanan kali ini UMT hanya menghantar dua wakil sahaja untuk acara tersebut 

Bagi kategori Berbasikal MTB Individu (Lelaki) Veteran, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Ritaudin Hamzah berjaya merangkul pingat emas bagi acara itu.

Sementara itu, acara berbasikal RB akan dijalankan esok di Institut Biosains (IBS), UPM.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal