Buletin Penuh

Kaaminy sasar pingat kemenangan larian jarak jauh buat UPSI

Kaaminy sasar pingat kemenangan larian jarak jauh buat UPSI

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

KAJANG, 20 Sept – Atlet olahraga larian jarak jauh kategori wanita veteren 800m, 1500m dan 2000m Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kaaminy a/p Kanapathy, 37, ingin membawa pulang sebarang pingat kemenangan ke bumi Tanjung Malim pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-44.

Beliau yang pernah meraih pingat perak dalam acara 800m, 1500m dan 3000m wanita senior pada kejohanan SUKUM musim lalu berkata beliau banyak membuat latihan persiapan mental agar dapat menamatkan larian jarak jauhnya itu dengan baik.

“Sebelum ini saya akan berlari di jalan raya dan saya tiada masalah dengan stamina kerana kebiasannya saya boleh untuk berlari sejauh 21KM.

“Kini saya banyak membuat latihan persiapan mental dengan larian jarak jauh dalam trek stadium,” katanya ketika ditemui selepas membuat latihan di Stadium Arena Sukan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Bagaimanapun, beliau tetap menanam keinginan merebut pingat emas dalam salah satu acara yang disertainya memandangkan beliau kini berada dalam kategori wanita veteren.

“Semua orang menginginkan pingat emas begitu juga saya. Tetapi saya akan cuba kekalkan prestasi seperti saya dalam kategori senior dahulu,” katanya.

Acara olahraga SUKUM ke-44 akan mula dipertandingkan esok sehingga 22 September ini di Stadium mini UNITEN. – UPM 

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal