Buletin Penuh

SKUAD HOKI UPM KEKALKAN MOMENTUM

SKUAD HOKI UPM KEKALKAN MOMENTUM

Oleh: Shaikh Mustafa

Kuala Lumpur, 21 September - Pasukan hoki lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih kemenangan kedua berturut-turut dengan bergaya mengalahkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) 3-0 pada perlawanan kelima peringkat kumpulan dalam Kejohanan Sukan Staf Univesiti Malaysia (SUKUM) 2022, hari ini.

Skuad bimbingan Mohd Nizam Baharom memberi tentangan awal pada UiTM dengan meledak dua gol padang dari Mohmad Redza Maadun pada minit ke 3 dan minit ke 8. Satu lagi gol pada suku kedua Danial Asyraf Abdul Ghani adalah merupakan clean shot tinggi le arah gawang pada minit ke 18.

Gandingan Dahyudeen Dahlan dan Abu Zaireen Abu Hassan oleh UiTM di bahagian atas juga sangat menarik. Banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak tepat ke sasaran. Asakan demi asakan dilakukan oleh pasukan UiTM namun payah untuk menembus benteng pertahanan UPM pada separuh masa kedua.

"Alhamdulillah, secara keseluruhan pemain beraksi dengan hebat dan berharap momentum ini akan berterusan apabila kita beraksi di pusingan seterusnya," kata Muhamad Zulfadli Muhamad Isa, kapten pasukan hoki UPM.

Pasukan hoki lelaki Universiti Utara Malaysia (UUM) yang turut beraksi sebelumnya berjaya mengalahkan Universiti Malaya (UM) dengan mata 3-1. Pukulan cermat Khairul Aiman Mohd Noor pada minit ke 35 berhasil memberikan mata dan berikutnya pada minit ke 37 rempuhan dari Megat Mohd Norazrul, penjaga gawang UM memberikan UUM satu penalty shootout yang disempurnakan oleh Muhammad Farid Md Zuki.

Mata tunggal pasukan hoki UM akhirnya tiba pada minit ke 54 dari pukulan baik Mohd Syamim Rosle selepas shot corner diambil.

Pengurus pasukan UUM, Mohd Khairone Md Khatidin juga berharap dapat mengekalkan kejuaraan dua tahun lepas dan dapat memberi motivasi untuk terus semangat bekerja. Penyumbang dua mata untuk UUM pula berkata "Saya berharap pasukan dapat meningkatkan lagi prestasi untuk pusingan seterusnya".

Perlawanan pusingan kedua adalah pada hari esok. UPM bakal menentang pemenang antara UTHM dan UM.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal