Buletin Penuh

USM JUARA BERTAHAN SASAR 5 EMAS ACARA PING PONG

USM JUARA BERTAHAN SASAR 5 EMAS ACARA PING PONG

Oleh : Nur Hidayah Binti Abdul Jamil

SERDANG, 19 SEPTEMBER – Universiti Sains Malaysia (USM) menyasarkan kesemua acara dalam Ping Pong iaitu 5 pingat emas pada temasya Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) yang ke-44 di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM bermula esok.

Pengurus pasukan USM, Mohd Rozaidi Bin Mohd Razali (46)  berkata bahawa persiapan rapi telah dilaksanakan oleh pasukannya sejak awal lagi. Latihan intensif selama seminggu telah dilakukan di kampus induk serta mengadakan perlawanan persahabatan antara kelab kelab di Pulau Pinang. Sesi pemilihan dalam mencari bakat-bakat juga telah dilakukan oleh beliau sendiri.

“SUKUM ke - 44 kalini amat sukar untuk diramalkan mana - mana pihak dari pasukan Universiti lain  yang akan menjadi saingan sengit untuk kami  akan tapi kami menjangkakan ke semua akan memberi saingan dan tentangan pada pasukan USM.”

“Namun pemain USM akan memberikan tentangan terbaik ketika perlawanan esok. Kita meletakkan sasaran pingat emas bagi semua kategori iaitu kategori berpasukan campuran, kategori perseorangan lelaki, kategori beregu lelaki, kategori beregu lelaki veteran dan kategori beregu wanita ,” katanya ketika ditemui di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM.

Pencapaian terbaik USM adalah apabila mereka berjaya merangkul 4 pingat emas pada tahun 2018 di temasya SUKUM di UMP.

Turut sama berlatih adalah pasukan dari Universiti Malaya (UM). Pengurus pasukan UM, Mohamad Syuzaini Mohamad Shukri (47) turut berkongsi bahawa UM telah memberikan sokongan dan galakan yang penuh kepada pasukan.

Kumpulan Pingpong bagi UM pula menyasarkan untuk lepas ke pusingan separuh akhir bagi kategori perseorangan.

“Pencapaian kami yang terbaik dan manis adalah apabila kami menjuarai SUKUM di UMS pada tahun 2003 dan secara jujurnya saya tidak sasarkan tinggi untuk kategori berkumpulan tetapi jika mendapat langkah ke separuh akhir itu bonus bagi kami. ”

“Dalam kata persiapan untuk SUKUM ini, atlet-atlet kami mempunya minat dalam sukan Pingpong jadinya mereka bermain berterusan secara harian tanpa mengira perlawanan dan dijadikan sebagai aktiviti harian.”

Beliau turut menyatakan antara universiti yang akan memberikan tentangan hebat adalah seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) serta tidak menolak universiti yang lain juga.

Acara pingpong akan dimulakan dengan kategori berpasukan campuran bermula esok pada jam 9.00 pagi. Pasukan ping pong UM akan memulakan perlawanannya pada hari esok bertemu dengan pasukan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). – UPM.

Kembali

17

Sukan Dipertandingkan

102

Acara Dipertandingkan

22

Pasukan Didaftarkan

21

Pasukan Daftar Awal